"MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.
Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.
Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari
Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."
Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."
Pengharaman babi dalam al-Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia, termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut berpuluh nyawa.
Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya.
Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri.
Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit.
Dalam menghadapi situasi ini kita bertanya mana kehebatan negara kuasa besar dunia yang tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta kalangan saintis?
Mereka sedang mengkaji, tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan-Nya.
Amat menakutkan akibat dari babi ini, H1N1 berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas, hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana - di pusat beli-belah, tempat letak kereta, kedai kopi, stadium dan perhimpunan.
Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar, ia bergerak begitu pantas. Anda juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat anda yang terkena, sekurang-kurangnya kena kuarantin.
Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah kata.
Bahaya ini tak masuk lagi pengharaman lain yang lama dilaknat Allah, tetapi masih berleluasa dalam masyarakat kita dilakukan bukan sahaja secara sembunyi lagi, sebaliknya sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk seperti persundalan.
Yang paling menakutkan kita masih 'pekak' dengan kemurkaan Allah.
Biasanya apabila dah reda sedikit sesuatu wabak atau bala kita akan lupa semula Allah. Lupa apa yang Allah larang, balik asal buat ingkar.
Apabila kena bala baru semua sepakat berdoa Allah, mula rajin solat tetapi apabila sudah sihat lupa lagi Allah. Begitulah kedegilan sebahagian kita.
"Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.
"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Begitu cepat ia merebak. Jangan lupa gunakan kuasa doa sama ada doa biasa ataupun doa dengan qunut 'naazilah'"
Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada, semua dengan izin Allah semata-mata.
DIPETIK DARIPADA http://www.komuniti-kpsp.blogspot.com/