Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah
bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di
Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.
Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan,wajar
siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda
haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut
sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi
ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan. Malah, kumpulan wartawan
yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat
sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan
berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam
periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat
seperti minyak pelincir kenderaan.Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan
JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar
makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status
kebersihannya. "Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut
dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti
penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan adalah
untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang
disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka
mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,"
meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu
ernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas
kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak
banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan
di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan
sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha
kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983
kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak
melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah
tutup selama 14 hari.berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus
bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas
Satu lagi pendedahan yang buka suka2 tapi dengan bukti.segala apa yang didedahkan dalam blog ini semuanya mempunyai bukti dan fakta.penulis sengaja mendedahkan perkara ini supaya umat islam mengambil berat tentang pemakanan halal serta bab-bab lain dalam agama.ramai umat islam sudah leka dengan hal keduniaan.hidup HPA Barakallah.tahniah kepada umat islam yang tidak mempolitikkan agama dalam kehidupan sehari-hari..