Monday, December 13, 2010

Kopi Luwak Atau Kopi Tahi Musang, Difatwa Halal Majlis Ulama Indonesia


JAKARTA, 20 Julai (Bernama) -- Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal di dunia dari Indonesia, difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.



"Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin di sini.


Kopi luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semulajadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan.


Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual.


MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan kopi luwak menjadi lebih jelas.


Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub berkata MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.


"Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya
 
Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.



Kopi luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh".


Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi.


Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.


Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram dihasilkan.


Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram.


-- BERNAMA

Penulis : Fatwa mana la Ulama Indonesia ikut ni??????

GELAGAT SYAITAN DI MAJLIS KENDURI...



Bacalah bismillah sebelum melakukan sesuatu.....



"Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia

bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka, terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.


Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Tiba

di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis

di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.


Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak

dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu

bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak,

berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam.

Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.


Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis

di tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah

runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman

bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar

yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau

syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu

telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada

di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu.


Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia

tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat

dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan

itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan

itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab

dibuka.


Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.


Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.


Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca

Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air

kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.


Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.


Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa

mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk

mengalahkan manusia di rumah kenduri.


Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman

pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan

tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan.


Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari

pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,

keadaan lebih kecoh.


Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama

makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan

lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.


Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik

pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok

Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut

yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.


Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman

bercakap dengan cermin tempat bersolek.



Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai

tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang

mahu percaya atau tidak.



Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita

tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah

nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH... ..



"Janganlah main belasah aje....."