Friday, May 27, 2011

MUSIBAH TERHADAP INSAN YANG BERNIAGA DEMI AGAMA..CACAMERBA YANG DIPEROLEHI..

PENULIS ADA MENERIMA E-MAIL DARIPADA SESEORANG YANG KOMEN MENGENAI FACEBOOK HAMBA ALLAH JAAFAR HANI YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN HPA..SUNGGUH MENYEDIHKAN NIAT MURNI HAMBA ALLAH INI TELAH DICERCA HABIS-HABISAN OLEH MANUSIA YANG KURANG ILMU AGAMA DI DADA SEMATA-MATA BELIAU MENYIARKAN ARTIKEL MENGENAI KFC DAN SECRET RESIPE HARAM..DENGAN NAMA ALLAH TUJUAN ARTIKEL INI DIKELUARKAN BUKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN HAMBA ALLAH INI CUMA SEKADAR UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN..AMIN

BERIKUT E-MAIL YANG DITERIMA PENULIS:


Korang ada baca artikel (kat bawah) yang mengatakan KFC tu haram, sejak dua menjak ni? Ada la mamat lurus-bendol yang sekor ini tag minah lurus-longkang yang sorang lagi kat wall FB, dan si minah pulak sebarkan pulak pada minah lain yang lurus-tiang, lepas tu semua orang yang baca sebar lagik pada ntah sapa-sapa kawan masing-masing yang sorang-sorang lurus-macam-pembaris. Kiranya nak jalankan civic-duty sesama Islam la gitu. Lepas tu diskus kat wall masing-masing, KFC memang lahanat kasi umat Islam kat Malaya ni makan bangkai selama hari ni. Komen-komen seperti ini pun keluar: "mohon share ye?", "good info bro", "alhamdulillah kerana beritahu, KFC memang kimak!", "tak sangka KFC tu haram erk?", "tak sangka aku lurus-bendol macam ko jugak erk?"... pum pang pum pang.


KOMEN PENULIS:SEBAGAI ORANG ISLAM ENAKNYA GUNAKAN KATA-KATA YANG ENAK DAN BAIK..

Sapa agaknya yang lantang sungguh menyebarkan artikel ni? Ini mamat pakai kopiah ni ha. Lepas dissing KFC, dia sekarang dah start menyebarkan berita bahawa Secret Recipe ada "secret ingredient" yang ada air badan al-khinzir dalamnya pulak. Seorang pejuang Islam yang sangat prihatin tentang kebajikan umat Islam ni - hebak mung!

PENULIS:SI HAMBA ALLAH INI SEKADAR BERKONGSI BUKAN NIAT MENJATUHKAN SYARIKAT SECRET RECIPE ATAU MANA-MANA SYARIKAT SAMA ADA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM..SEKADAR MENGINGATI

BLOG HAMBA ALLAH ITU..



e-mail yang disiarkan dalam facebook hamba allah ini..

PENULIS: AWAL-AWAL LAGI SI HAMBA ALLAH INI DAH BAGITAHU DI ATAS DIA ADA MENERIMA E-MAIL DAN INGINKAN KEPASTIAN BETUL ATAU TIDAK...

Jadi, apa ceritanya neh? Mamat Jaffar Hani al-kopiah mahu kasi semua orang tahu bahawa penyembelihan oleh geng KFC tu tak sempurna, jadi al-Kentucky Fried Chicken itu HARAM LAKNAT tu bang. JAKIM dan Ustaz Daud Che Ngah said so brotha! Come on everyone... meh boikot KFC meh.

FOR THE RECORD... Aku, Aidid Mu'addib memang dah muak gilabab makan KFC. Dengan ayam gorengnya yang gebu dan lembut gilabab (yang menandakan ayam tu makan-tido-makan-berak-makan-ayamtutaktidosebokmakan-pastukenasembelih), dan dengan kadar kolesterol yang sky-high yang ada dalam makanan-makanan proses, yang sama aje macam frachise fast-food yang lain-lain seperti McD, BK, PH, whatever. Tak kose aku weh menelan fast-food hari-hari aih! Lepas tu heart-attack umur 38, stroke umur 43, kojol umur 47. Kok nasi ganja lain la cite bang... itu pun sekali-dua sebulan aje pun. Kok masakan bini aku kat rumah lagi best, especially aku ni vegetarian sket, dan bini aku pulak tahu apa makanan yang aku suka. Semua fast-food punya veggie dishes macam hareeem... meaning tak best, bukan haram tak boleh dimakan. But, anyway, ini isu lama dol al-kopiah bang. Mamat HPA ni baru keluar hutan dekat Gua Musang kut... tertinggal bas ekspress. Sori, mungkin jugak dia tak tahu bas ekspress tu apa. Kalau nak travel dalam hutan kat pedalaman Gua Musang tu, kena pakai tali yang bergantungan kat dahan pokok aje... you know, macam al-monkey.

PENULIS:NIAT SUCI NAK KEPASTIAN DARIPADA PELBAGAI PIHAK TAPI......ERMMM NI BUKAN PASAL KFC TU HARAM KE HALAL NI PASAL INGIN BELIAU INGIN KEPASTIAN..JAWAPAN BUDAK TAK SEKOLAH AGAMA DIA DAPAT..

Isu Ustaz Daud Che Ngah dan Ayam KFC/Produk AYAMAS




Saya merujuk kepada email FITNAH yang masih terus disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan dengan perkara diatas yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan integriti KFC dan QSR Brands (M) Berhad sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Jcorp melalui Kulim Berhad sejak Julai 2006 dalam industri penyediaan makanan Halal.


Sejak pengambil alihan tersebut, diantara perkara UTAMA dan TERPENTING diambil tindakan oleh pihak pengurusan syarikat ialah penubuhan Jabatan Shariah & Pematuhan Halal yang mengendalikan ursuan berkaitan pemantauan Halal dalaman bagi mempastikan semua produknya disediakan selamat dan Halal dimakan oleh umat Islam.


Dengan panduan yang diberi oleh Majlis Penasihat Shariah, jabatan ini bukan sahaja bergantung kepada pemantauan bebas HDC (dulunya JAKIM) dalam soal pematuhan Halal oleh setiap unit bisness di dalam syarikat kumpulan nya, malah, lebih jauh daripada itu syarikat telah mewujudkan Unit Audit Halal yang mengambil tanggung jawab memantau dengan rapi setiap tahap penyediaan dan proses produk keluarannya.


Selain mematuhi piawaian Halal yang terkandung dalam MS 1500:2004 yang berkaitan dengan penyediaan makanan Halal, panduan persijilan Halal JAKIM, GMP, HACCP dan piawaian Jabatan Haiwan Malaysia, Jabatan Shariah & Pematuhan Halal telah mewujudkan satu sistem jaminan Halal komprehensif dalam semua rantaian makanan daripada “farm to fork”.
Sebaran email FITNAH (sejak 23 tahun yang lalu) yang berterusan itu amat tidak adil, tidak bertanggung jawab dan sesungguhnya memperlihatkan sifat mungkar penyebarnya dan yang meneruskan penyebaran nya secara berterusan dan menyebarnya secara meluas tanpa sedikitpun mengambil kira kesahihan nya (suatu sifat keji yang dilarang oleh agama) dalam keadaan semasa.


Disertakan bersama-sama ini surat penafian dan rasa kekesalan yang dibuat oleh Ustaz Daud Che Ngah (yang kini bergelar Datuk) berhubung penyebaran fitnah tersebut secara berterusan sehingga hari ini.


Oleh yang demikian, sekiranya benar-benar ingin mencegah kemungkaran, dan membantu kami dalam melaksanakan fardu kifayah menyediakan makanan Halal kepada masyarakat, email berkenaan seharusnya tidak lagi disebar atau dihiraukan bagi mengelakan kita turut bersubahat dengan kemungkaran menyebar FITNAH. Sebaliknya, sebarluaskanlah email saya ini agar kebenaran mengatasi kepalsuan dan akhirnya kita semua memperolehi keberkatan, InsyaAllah.


Sebarang masaalah dan kemusykilan berkaitan isu ini perlu disusul dan dipastikan kesahihan nya dengan piahk JAKIM dan HDC sebagai pengawal selia persijilan Halal di Malaysia atau boleh menghubungi terus Jabatan Shariah & Pematuhan Halal QSR Brands / KFC (M) Berhad email: halal@kfcholdings.com.my bagi mendapatkan kepastian.


Sekian, Wassalam
Mohd Roslan bin Mohd Saludin,
Setiausaha,
Majlis Penasihat Shariah
QSR Brands/KFC Holdings (M) Berhad


Tak cukup dengan keje nya yang mahu kasi KFC lingkup cepat, mamat al-kopiah ni dah start pulak belasah restoran Secret Recipe... yeehaaa! Pejuang Islam sebegini yang kita mahu. Bongkar bang jangan tak bongkar.


NI LA JAWAPAN DIA NAK BUKANNYA JAWAPAN BUDAK TAK SEKOLAH AGAMA...

HDC= "SYARIKAT" YANG DIWUJUDKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MENGELUARKAN SIJIL HALAL BAGI "PRODUK" LUAR NEGARA.DIULANGI PRODUK LUAR NEGARA.DISEBABKAN KFC NI DARIPADA LUAR NEGARA WALAUPUN PRODUKNYA DIHASILKAN DI NEGARA INI MAKA SIJIL HALALNYA DIKELUARKAN OLEH HDC...FAHAM!!!

DENGAR2 ADA KEGIATAN JUAL BELI LESEN KAT HDC..WALLAHUALAM...MINTAK DIJAUHKAN BAGI UMAT ISLAM..

ISU TERBARU TAPI YANG CONFORM YANG HARAM BUKAN SECRET RECIPE YANG POPULAR TAPI SYARIKAT LAIN YANG HAMPIR SAMA DENGAN SECRET RECIPE YANG RAKYAT MALAYSIA SUKA  MAKAN TU

INI BUKTINYA...

Actually, what's the real story here? Ini kesah ada mamat penganut MLM yang buruk perangai mahu kasi bzns kepunyaan kapiaq nama buruk, walaupun bzns kepunyaan kapiaq tu adalah bzns konvensional yang banyak bayar gaji kat beribu-ribu umat Islam yang sungguh-sungguh cari rezeki halal dengan bekerja kasi jual ayam dan coleslaw dan cheesy wedges. Beribu umat Islam bekerja di restoran yang jual benda halal yang telah disahkan dan dipantau oleh pihak JAKIM, dan bzns restoran sebegini sama sekali tidak melibatkan pengelentongan produk (seperti MLM) dan tak melibatkan pengagihan riba' share tong-tong kat upline berbilang tingkat (seperti MLM), dan tidak melibatkan penganiayaan downline (seperti MLM) dan tidak melibatkan seseorang itu dipaksa menganut agama MLM yang sebagaimana korang pembaca Aididleaks ketahui, MLM tu semua rata-rata macam CULT... you know, "positive thinking" la, tepuk-tepuk tangan la, sorak-sorak woohoohoo, puja-puja mamat yang hebak yang dah berjaya bertenggek kat atas piramid MLM tu... motivasi wadefak yang tak keruan setiap minggu kat HQ... bak sini RM70 sorang. Bongok nak mamps!



Anyway, meh kita berkenalan dengan mamat al-kopiah the saboteur extraordinaire. Profile FB nya terbukak luas - mahu kasi tahu semua orang tentang HPA dan kehidupan indahnya sebagai balaci HPA. Jangan lupa pakai kopiah tu bang. Haish ko neh!


PENULIS:MAMAT YANG KOMEN NI CONFORM TIDAK MENYIASAT LEBIH DETAIL TENTANG MLM SYARIAH YANG DIBAWA HPA..MAYBE SEBAB PERNAH GAGAL DALAM MLM SEMUA MLM DI BANTAI..KALAU SEMUA PEMBACA BLOG INI INGIN MENGETAHUI MENGENAI MLM SYARIAH HPA BOLEH LAYARI. http://www.hpa.com.my/. BUKAN MAIN HENTAM KROMO BOLEH JADI FITNAH.NAHUZUBILLAH PERKATAAN BALACI HPA DIGUNAKAN...SUNGGUH KURANG AJAR MAMAT NI..MENGELENG KEPALA PENULIS..


TERUSKAN PERJUANGANMU WALAUPUN NIATMU SEKADAR INGIN BERKONGSI ANUGERAH ALLAH TIDAK KIRA HPA ATAU SYARIKAT MLM LAIN.HATI KENA BERSIH..

Kalau fitrah manusia tu diturunkan ke dunia ni untuk makan pil/tablet dan semua apekejadah makanan proses yang datang dari kilang, maknanya takde la guna Allah jadikan sayur-sayuran, buah-buahan, binatang yang dah dihalalkan tu semua ek? What for then? Patut Allah jadikan pokok tu semua berbuah pil... isn't it? Only psychos who haven't got a clue about medicine would swallow all these pills with all his (ticking time-bomb) heart without thinking with his Allah-given brain... and liver and kidneys, for that matter.



Bukan apa... mamat al-kopiah mahu kasi tunjuk kat prospek-prospek HPA tu semua tentang kehebatan produk HPA dan bagaimana ianya telah kasi dia sihat trangtangtang dengan makan 47 biji pil sehari, gosok gigi pakai ubat gigi HPA, dan basuh kain pakai sabun basuh HPA jugak dan makan mee HPA yang special (kurang carbs beb dan penuh barakah maaa! Yeay!). Liver cirrhosis is just around the corner, btw.

PENULIS: SATU LAGI PENGHINAAN KEPADA PRODUK ISLAM..TAKPE TERUSKAN USAHA..

Aku rasa, aku pasti ramai yang dah pernah jumpa makhluk sebegini... especially dalam kes bzns MLM yang mana kalau sesuatu perniagaan tu ada melibatkan sentimen agama. Inilah salah satu modus operandi yang selalu diamalkan untuk kasi sesebuah bzns MLM itu lebih oomph! Why? Because agama is a powerful weapon, especially untuk orang yang dungupiang-no-hope, tapi perasan tahun depan dia akan jadi millionaire buat MLM dengan penuh barakah dan toyyiban. Dalam industri MLM, sentimen agama itu lebih powerful daripada pep-talk "duit duit duit", melanc... ung, kereta besor, blablabla, seperti yang diamalkan oleh kebanyakan MLM anjuran al-kapiaq yang lain seperti Hai-O, Zhulian, MonaVie, Herbalife, Questnet, bloody 'ell whatever MLM tu semua. You all realised this dontcha? We all see it every day. Banyak orang HPA yang promote produk HPA dengan cara menjatuhkan hukum haram pada produk syarikat lain...


PENULIS :BAPA PENULIS MERUPAKAN STOKIS KEPADA BANYAK SYARIKAT MLM TERMASUK HPA.TAK PERNAH PUN PENULIS TENGOK DIA MEMBURUKKAN SYARIKAT MLM LAIN..BAPA PENULIS JUGA STOKIS KEPADA MLM LAIN SEPERTI HI-GOAT, SURECO, DAN BANYAK LAIN..YANG PASTI MAMAT NI MEMANG ANTI MLM KOT..BAGI PENULIS TAK JADI MASALAH KITA SUPPORT SYARIKAT MLM MILIK ISLAM KITA DENGAN MASA SAMA KITA TAK JADI MASALAH MENGGUNAKAN PRODUK DARIPADA SYARIKAT BUKAN ISLAM..YANG PENTING KALAU KITA MERAGUI SESUATU PRODUK ELOKLAH DIJAUHI..APAPUN LEBIHKAN SOKONGAN KEPADA PRODUK UMAT ISLAM KITA X KIRA SYARIKAT.AMIN...