Tuesday, August 9, 2011

CERITA YANG BUAT AKU PANAS HATI..MEMANG BETUL PUN BAITULMAL TAK BUAT KEJE

Sukar dapat bantuan


Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my



PETALING JAYA: Kecewa usahanya untuk mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meneruskan kehidupan, segelintir ibu tunggal dikatakan sanggup bernaung serta menerima bantuan daripada pihak gereja, biarpun menyedari tindakan itu mungkin perangkap untuk mereka meninggalkan Islam.
Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Sabrina berkata, dia sudah menyertai pelbagai aktiviti anjuran sebuah gereja di Seksyen 13 di sini, sejak lebih setahun lalu dan mendapati ada lebih 100 wanita sepertinya di rumah ibadat itu.


“Sebelum ini saya pernah mohon bantuan dari jabatan agama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi gagal, sedangkan mereka (gereja) sanggup memberikan wang untuk saya menyara diri dan keluarga, malah untuk modal saya membuka perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.

Ibu tunggal berusia 34 tahun yang mahu dikenali sebagai Sabrina itu antara 20 individu beragama Islam berada di gereja berkenaan ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Sabrina berkata, dia menyertai kegiatan di gereja itu sejak lebih setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan
 
Penulis:Aku sebagai pegawai zakat yang terlibat dengan kutipan pun terasa bengang dengan bahagian agihan yang bekerja melepaskan batuk di tangga...kitaorang di unit kutipan bekerja bagai nak rak dengan nawaitu untuk meningkatkan kutipan zakat lagi ramai yang akan menerimanya tetapi 7 tahun aku keje tak nampak perubahan dengan unit agihan dalam memantapkan agihan zakat.cerita pemohon bantuan dihina dan dipandang sinis dan berlaku kat aku gak (aku berpura-pura berlakon sebagai pemohon bantuan nak siasat kebenaran ini) patutnya tak boleh berlaku.hak fakir miskin bukannya duit mak bapak korang.segelintir pegawai kurang mesra pelanggan.baik berhenti keje bagi orang lain.depan CM ke main menunjuk2 masuk surat khabar,cukuplah mainan politik korang!!!!! tapi belakang cerita hancur..kepada pemohon bantuan yang aku tolong aku minta maaf kerana birokrasi ini merencatkan usaha aku menolong korang.
 
# ada banyak kes borang pemohonan bantuan yang aku hantar mengambil masa sampai 3 bulan pegawai tak datang siasat...cakap prosedur 1 bulan.kalau bagi aku 2-3 hari aku cuba settlekan..kau nak bagi tahu apa reasonnya..sekarang sibuk nak buat agihan hari raya.palaotak koooo...3 bulan sebelum tu ko buat apa.baik ko semua letak jawatan khususnya ketua unit agihan(kemain eksyen pakai kereta perdana banyak duit)