Thursday, February 10, 2011

HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAH 1

HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH


‘ALLAH’ OLEH KRISTIAN1

Mohd Aizam bin Mas’od

Cawangan Aqidah

Bahagian Penyelidikan

Abstrak

Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini

seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami

maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua

pihak. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu

sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar

tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam

mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

Pendahuluan

Pada 31 Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi

Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)

telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan

kalimah 'Allah'. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan

penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal. Pada 3 Januari 2008, kabinet

mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan

kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet

telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1

November 2006. Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di

Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan

penggunaan kalimah ‘Allah’. Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian

Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan

permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang)

terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan

Herald-The Catholic Weekly. Oleh itu, artikel ini digarap dalam rangka

menyediakan hujah menolak penggunaan kalimah ’Allah’ oleh penganut Kristian.

Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’

Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk

‘Church leaders explain use of 'Allah'. Terdapat lima alasan utama yang

dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan

1 Artikel ini telah diterbitkan di dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM Bil. 21 Tahun 2008.

2

penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang

dikemukakan ialah seperti berikut:

a) Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu

menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’

sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

b) Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya

telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah

‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para

penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk

kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan

dan Asia Barat.

c) Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan

bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

d) Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia

diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang

wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut

Katolik di Malaysia.

e) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam

urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A

Perlembagaan Persekutuan.

Bersambung-----
khalid Samad @ gereja adalah pendu
kung kuat menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.Siapakah beliau.Ahli Parlimen PAS rupanya.mengapa Pimpinan Pas senyap je..Parti yang menegakkan Islam ke atau Parti semata2 politik..

BAHAYA-MASJID AL-AQSA AKAN RUNTUH


BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt News pada Jumaat lalu.



Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.


Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.
Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.


Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.


Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.


Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.


Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - Agensi