Thursday, July 29, 2010

EKSKLUSIF:LOGO HALAL JADI ALAT PERDAYA PENGGUNA

Peniaga guna helah pamer ayat Al-Quran, 'Assalamualaikum' untuk kelirukan pembeli



APABILA ada pemalsuan sijil dan logo halal untuk produk makanan dan gunaan, ia adalah strategi pihak pengeluar barangan terbabit untuk menguasai pasaran Muslim, bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Mereka tidak mengambil kira faktor hukum halal dan haramnya kerana menganggap pulangan material lebih utama berbanding dosa dan pahala.

Isu yang sudah bertahun menjadi perdebatan ini akhirnya mendapat perhatian sewajarnya apabila kekangan undang-undang dirungkai untuk memperkasa pengeluaran sijil dan logo halal Malaysia. Akta Perihal Dagangan 1972 (APD 72) yang akan dipinda hanya memberi kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) untuk tujuan itu.



Di sebabkan hal berkaitan agama berada di bawah bidang kuasa negeri, maka tentulah rakyat mengharapkan agar setiap Jain memberi persetujuan untuk merealisasikan penyeragaman sistem, standard dan sijil halal, sekali gus menghapuskan kepelbagaian 'cara' menghalalkan produk pasaran yang mengelirukan pengguna Muslim.


Pelbagai rupa logo halal juga menguntungkan pengeluar dan penjual yang berpeluang menggunakan kelonggaran berkenaan untuk mempamerkan logo mengikut kreativiti masing-masing tanpa mempunyai sijil yang dikeluarkan mengikut peraturan APD 72. Kebanyakan pengguna tidak meminta sijil halal daripada penjual kerana percaya penjual Islam tidak akan menipu pembeli dengan mempamerkan logo halal yang haram.

Buat masa sekarang, sesiapa saja boleh mengeluarkan sijil halal atau menggunakan helah sehingga pengguna beranggapan sesuatu produk itu halal dengan melabelkan perkataan 'makanan orang Islam', 'ditanggung halal' atau dengan meletakkan lukisan ayat Al-Quran di dinding premis, hatta kalimah 'Assalamualaikum' dan 'Bismillahirrahmani rrahim', walhal, barangan yang dijual tidak menepati maksud halal sama sekali.

Begitu juga dengan produk tidak mendapat pengesahan halal yang dinamakan dalam bahasa Arab bermula dengan perkataan 'al'. Keadaan ini lebih merumitkan kerana undang-undang mungkin hanya menguatkuasakan sijil dan logo, bukannya nama produk. Di sinilah letaknya kebijaksanaan umat Islam menilai setiap barangan makanan atau gunaan yang dipasarkan, bukannya menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak yang berautoriti semata-mata.


Banyak sebab mengapa di negara majoriti umat Islam pengguna Muslim tidak begitu mengambil berat soal halal dan haram setiap makanan yang dimakan atau produk yang diguna. Salah satunya kerana mereka percaya penjual atau pengeluar Muslim tidak tergamak menipu pengguna seagama.

Selain itu, pengguna mempunyai banyak pilihan, jadi mereka tidak mengendahkan jika benar produk yang tidak halal tetapi dianggap halal oleh pengguna masih dijual di pasaran. Mereka beranggapan sesiapa yang mengambil berat pasti tidak akan membeli, begitulah sebaliknya.


Apa yang berlaku, produk itu kekal di pasaran tanpa ada laporan dibuat kepada pihak polis atau autoriti lainnya. Kewujudan gerai menjual barangan basah seperti ayam dan daging yang dijual dalam kuantiti yang kecil juga diragukan status halal dan haramnya. Pembeli haruslah peka dengan keadaan ini supaya usaha kerajaan mengatasi masalah produk halal di negara ini berjaya dilakukan, bukan saja dengan meminda undang-undang, malah dengan kesedaran pengguna keseluruhannya.

Di negara yang mempunyai sejumlah kecil umat Islam yang mempunyai bekalan produk halal terhad, pengguna Muslim amat berhati-hati memilih barangan yang ingin dibeli, sehingga berjam-jam lamanya masa diambil untuk membeli-belah. Mereka terpaksa membawa senarai nama bahan tidak halal yang mungkin digunakan dalam produk makanan yang ingin dibeli memandangkan hampir semua barangan tidak mempunyai logo halal.


Di United Kingdom contohnya, jika ingin membeli ayam atau daging mentah, penulis hanya membeli di kedai yang mempamerkan sijil halal dikeluarkan oleh 'Halal Food Authority (HFA)' saja dan mereka turut mengambil kira faktor makanan haiwan itu serta memenuhi standard penyembelihan seperti haiwan diberi minum sebelum disembelih, haiwan berkenaan tidak melihat haiwan lain disembelih sebelumnya, saiz pisau sembelihan adalah empat kali lebih besar daripada saiz leher haiwan dan tajam serta posisi penyembelih dan haiwan sembelihan yang menghadap kiblat.


Penyembelihan juga dilakukan di tempat penyembelihan berlesen saja dan dilakukan dengan pengawasan pegawai veterinar. Di sekolah rendah pula, pelajar Muslim yang tidak membawa bekalan dari rumah akan membuat bayaran secara harian, mingguan atau bulanan kepada pihak sekolah dan akan diberi makanan halal yang diluluskan oleh HFA juga.


Di sini, makanan halal dan berkhasiat yang diambil pelajar Muslim lebih mudah dipantau pihak sekolah memandangkan sekolah rendah tidak mempunyai kantin atau gerai yang menjual makanan ringan di luar pagar sekolah.


Sebaliknya, mereka hanya perlu mengambil menu yang sihat seperti susu, salad, buah-buahan dan makanan berasaskan tumbuhan saja dan disediakan mengikut garis panduan makanan halal di dewan makan sekolah. Keadaan ini sekali gus menyelamatkan setiap peringkat usia pengguna Muslim di UK daripada mengambil makanan yang tidak diketahui status halalnya dan membahayakan kesihatan.


Golongan dewasa tentulah lebih prihatin dalam soal pengambilan produk halal yang diiktiraf tetapi kanak-kanak dan remaja agak terbuka dalam hal ini memandangkan mereka kurang berpengetahuan dan terlalu banyak ruang yang ada untuk diperdaya.


Justeru, undang-undang saja masih belum cukup untuk membasmi longgokan produk yang tidak menepati piawaian halal tanpa kesedaran dan pendidikan yang menyeluruh.


Tambahan pula produk kosmetik, farmasuetikal, pakaian, khidmat perbankan dan kewangan, logistik dan juga perniagaan pantas jutawan dan pelaburan yang semakin rambang di arena maya jarang yang berlogo halal

Wednesday, July 28, 2010

PETUNJUK DARIPADA ALLAH KEPADA ORANG YANG MEMPERJUANGKAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN

Isu nama Allah. Gegak gempita dibumi. Demo merata tempat di negeri-negeri. Bakar gereja, bakar surau dijadikan alat provokasi. Lihatlah.., di dada langit kalimah Allah tertera jelas buat mereka yang berfikir. Apa lagi yang kita bingungkan ? Muhasabahkan diri, tentu ada sesuatu yang wajar ditafsir dari kejadian ini. Subhanallah. Maha Suci Engkau Yang Maha Berkuasa, Ya Allah..!


Kejadian berlaku di daerah Slim River. Antara jam 12.30 pm ~ 2 pm. Dari sumber yang diterima, kalimah Allah itu telah disedari tanpa sengaja oleh seorang guru berbangsa cina yang mana beliau merasa sangat ‘aneh’ kepada tulisan yang timbul itu. Setelah dirujuk gumpalan awan yg terbentuk itu merujuk kepada kalimah ‘Allah’.



Foto dibawah ini pula sangat menyerupai sepasang tangan manusia yang sedang menadah berdoa dari kedua belah tangannya. Gumpalan awan yg membentuk kalimah bismillah dan masyar juga dapat dilihat.



Dari foto yang diterima ke kotak email wak turut disertakan 2 keping foto yang diambil oleh salah seorang guru sekolah itu, yang mana ketika itu jelas dilihat bagaimana fenomena matahari yang terik dikelilingi oleh jalur bulatan pelangi yang sangat cantik dan menakjubkan.




Kejadian aneh dilangit itu berlaku agak lama, dan gumpalan awan-awan putih yang membentuk kalimah2 tersebut dapat dilihat lebih dari 10 minit sebelum bertukar kepada kalimah yang lain. Subhanallah.


Penulis :dipetik daripada al-banjari online.terima kasih kerana info-info di atas yang terkena gak pada pemimpin2 kononnya islam(sori bahasa kasar, kena tegas sikit), tak payah sebut..semoga kita sama-sama memperjuangkan kalimah Allah dari disalahguna daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab..Allahuakbar.islam sejati adalah islam yang betul2 mempertahankannya tanpa fahaman politik

Monday, July 26, 2010

AL-AQSA AKAN LUPUS PADA TAHUN 2010

Di bawah adalah gambar-gambar pengubahsuaian masjid al-aqsa.yang musykilnya adakah  pengubahsuaian ini akan mengubah sepenuhnya masjid al-aqsa itu sendiri....Negara Arab nak tgk je ke?


Penulis : Pada hari ini ada seorang pembayar zakat yang baru balik dari misi PBB di Afganistan telah menceritakan pengalaman beliau berada di negara Arab.Rupanya Orang-orang Arab pun bertelagah sesama sendiri iaitu antara Puak syiah dan Sunnah(sunni).Bayangkan Masjid pun sembahnyang lain-lain.ini yang menyebabkan Barat yang diketuai USA yahudi laknatullah mudah masuk ke negara-negara Arab.bersyukur kat negara kita umat islam masih bersatu padu dan solat pun satu masjid.kepada cintakan agama kita teruskan perpaduan tak kiralah korang parti mana..jangan terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin atasan yang busuk hati demi kepentingan masing-masing.Allahuakabar..

Thursday, July 22, 2010

TAK PERCAYA TGK-COCA COLA

video

Penulis: salah satu dakyah oleh pihak yahudi-melalui pemakanan.dunia dunia

KIAMAT?

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"



(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"


(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"


(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"


(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"


(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"


(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"


(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"


(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"


(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir????


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!


Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..


22 Tanda Kiamat Semakin Hampir (ULANGAN)


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).


2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.


3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.(macam parti pas je)


4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.


5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.(Anwar ibrahim???)


6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.


7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.


8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.


9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.


11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).


12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.


13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.(ni Umno punya keje)


14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.


15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,


16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.


17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.(PKR,PAS,UMNO Adik beradik)


19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.


20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).


22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


Dunia Di Penghujung Nyawa


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:



'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '

- Sahih Bukhari


~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.


'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan

persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim


~ dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.


'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;


'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah



~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.



'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..


~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.


'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam

tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.


~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad


~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.


'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).

Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani


~ George Bush, Ariel

Sharon & kat Malaysiapun ada....pak ajis,pak jib,pak karpal,pak nuar


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.


'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad


~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.


~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.


'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani


~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.(harakah,suara keadilan,malaysia kini)



'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim


~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.


'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak

kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad



~ tengok kes peperangan Iraq ...kat malaysia banyak kes jenayah terlepas


13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim


~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...



Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:


'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'


PENGERTIAN MAKSUD IMAN


- DARI SEGI BAHASA :

Yakin Dan Percaya


- DARI SEGI ISTILAH :

Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan

BERAMAL DENGAN ANGGOTA


Penulis:fikir-fikirlah..

Tuesday, July 20, 2010

Kaedah cuci cerek lusuh dgn 7up atau coca cola.hehehe


Put Aldelh in a pot and pour it (Seven Up or Pepsi or Coca-Cola) are covered by Lin And leave a day or two ...


- Then wash as usual ............ ...

How simple and inexpensive Ashan is important young people know they are drinking, cleaning products and over time will affect a significant impact on their stomachs and Massarenem

Monday, July 19, 2010

AWAN ANEH DI URUGUAY


Penulis: Kebesaran Allah S.W.T

Wednesday, July 14, 2010

ISLAM DI RUSIA


Tuesday, July 13, 2010

KALIMAH ALLAH YANG KUSANJUNGI.


Penulis: perjuangan dalam produk halal tidak akan padam...