Monday, May 23, 2011

Menjawab Dakyah Paderi Benjamin

Saya menulis artikel ni sebagai menjawab penipuan Paderi Benjamin sebagaimana video yang tersebar. Sebenarnya saya sendiri tak berapa yakin nak jawab bila ditanya 2-3 orang akan fakta yang sebenar ( mengenai isteri Rasul ) disebalik hasutan Benjamin itu. Dan 2-3 orang yang tanya itu pun sebenarnya malu juga nak tanya :) hehehehe



Buat saya fikir, kalau ada 2-3 orang yang tak tahu, pasti ramai lagi 2-3 orang lain yang tak tahu juga dan segan nak tanya. Jadi biar saya search dalam internet dan tuliskan apa yang boleh, tak perlu tunggu orang tanya. Yang dah tahu, baguslah. Yang tak pasti, bolehlah pastikan :) Bukan susah, pakai wikipedia je dah mampu menolak dakyah Benjamin.


Paderi Benjamin bukan saja mempersendakan Melayu dan Islam malah beliau jelas MENIPU kerana fakta yang diberikan salah sama sekali. OK, mula-mula tentang penghinaan kalimah alFatihah. Bagi saya yang ni tak payah nak diterangkan , semua tahu yang ia adalah satu bentuk doa, malah alFatihah itu sendiri satu doa dan kehebatannya, ia disebut oleh semua umat Islam didunia setiap kali kita sembahyang pada setiap rakaat. Doa yang diajar oleh Allah melalui RasulNya ..... nah, patutlah Benjamin dengki sebab dalam Kristian tidak ada doa bersifat seumpama itu.


Kedua tuduhan biadap Benjamin dimana beliau secara sinis menggambarkan Rasulullah sebagai kuat seks kerana punya 23 isteri dan paedofilia ( gemar seks dengan kanak-kanak ) kerana berkahwin dengan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun.


Isteri Rasulullah ada yang kata 13 orang ( dari wikipedia ) , tapi mengikut laman Islam2u.net ada 12, sementara mengikut Biro Agama Kelab eperolehan ada 11. Ada masa saya carikan yang sahih, tapi perlu saya tekankan disini - ia BUKAN ISU BESAR. Sila klik dan baca serba ringkas tentang mereka, dari situ saja kita dapat tolak dakwaan gila seks Benjamin. Hanya satu orang saja yang berstatus anak dara yakni Aishah sementara yang lain adalah janda. Ada alasan dan hikmah disebalik setiap perkahwinan Baginda dan samasekali bukan kerana seks. Saya cadangkan pembacaan yang lebih mendalam kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut.


Kanak-kanak berumur 6 tahun yang dimaksudkan Benjamin adalah Aishah dan wikipedia punya penerangan yang saya copypaste disini -


Aisyah adalah isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.


Namun begitu terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Nabi. s.a.w. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.


Hujahnya: Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi. Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal.
"Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud,Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak."Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b,

" Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.


Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;


1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun. 2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610 3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`. Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "
Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,

" Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah.
{73 Hijrah = 695 Masehi} 695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah.


Oleh itu Siti Aisyah berkahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun
Soal bunuh Kristian itu suci dan soal malaikat, saya rasa tak perlu jawaplah, bodoh punya hujah dari Benjamin.
Mengenai Batu Hajar Aswad, sekali lagi benjamin menunjukkan kejahilan dan kebodohannya. Lubang pada batu hitam ? Dia ni cerita pasal batu lain kot .... tak pun hanya berpandukan gambar dan pandai-pandai dia reka cerita lucah bagi publisiti murah.

Benjamin ingat Hajar Aswad itu benda berwarna putih itu dan yang gelap ditengah itu lubang padahal yang berwarna putih itu adalah perak umpama frame yang memegang Hajar Aswad yang berwarna hitam. Hajar Aswad pula terdiri dari pecahan 8 serpihan yang dicantumkan semula. Sila baca penerangan mengenainya, menarik buat tambah ilmu.


Batu hitam itu sudahpun mendapat tempat yang istimewa sebelum kedatangan Islam lagi. Bermula dari Nabi Ibrahim yang menjadikannya batu asas Kaabah awal. Dari hajiumroh.com -
Dalam salah satu riwayat Bukhari-Muslim, diterangkan bahwa Sayyidina Umar, sebelum mencium Hajar Aswad mengatakan, "Demi Allah, aku tahu bahwa kau adalah sebuah batu yang tidak dapat berbuat apa-apa.Kalau aku tidak melihat Rasul SAW mencium-mu, tidak akan aku mencium-mu:.


Jadi mencium Hajar Aswad bukanlah suatu kewajiban bagi umat Islam, tapi merupakan anjuran dan sunnah hukumnya.Maka kalau keadaan tidak memungkinkan karena penuhnya orang berdesakan, sebaiknya urungkan saja niat untuk mencium atau mengusap batu ini.
Tidak ada apa yang didakwa benjamin bahawa dengan mencium batu Hajar Aswad maka dosa kita akan terampun umpama born again seperti terdapat dalam amalan Kristian.


Terakhir dalam melontar batu ke tiang jamrah, tak tahulah dari sumber mana Benjamin dapat yang mengatakan orang Islam anggap atas itu syurga dan bawah tiang itu neraka. Dari mossavi ( menarik untuk dibaca ) - Jika kita melihat dari segi hikmatnya ialah mengimbas kembali tindakkan Nabi Ibrahim yang melontar syaithan yang cuba menimbulkan was-was ketika ingin melakukan perintah Allah.


Nah, sekarang korang pun boleh jawap Benjamin dengan penuh yakin. Jelas, paderi gila itu berniat jahat melalui penipuan fakta, sengaja menimbulkan fitnah dan menghasut, dan menimbulkan kemarahan orang Islam. Blogger Mahaguru58 ada membuat laporan polis pada 27 Sept tahun lepas terhadap kes yang sama tapi sehingga kini masih tiada tindakan susulan dari pihak polis.


Nota - Sila perbetulkan fakta-fakta diatas jika ada kesilapan.
 
Petikan:http://dinturtle.blogspot.com/2011/05/menjawap-dakyah-benjamin.html
 
Penulis: Terima kasih atas pendedahan di atas.teruskan perjuangan mempertahankan islam dari dakyah kristian..