Wednesday, July 28, 2010

PETUNJUK DARIPADA ALLAH KEPADA ORANG YANG MEMPERJUANGKAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN

Isu nama Allah. Gegak gempita dibumi. Demo merata tempat di negeri-negeri. Bakar gereja, bakar surau dijadikan alat provokasi. Lihatlah.., di dada langit kalimah Allah tertera jelas buat mereka yang berfikir. Apa lagi yang kita bingungkan ? Muhasabahkan diri, tentu ada sesuatu yang wajar ditafsir dari kejadian ini. Subhanallah. Maha Suci Engkau Yang Maha Berkuasa, Ya Allah..!


Kejadian berlaku di daerah Slim River. Antara jam 12.30 pm ~ 2 pm. Dari sumber yang diterima, kalimah Allah itu telah disedari tanpa sengaja oleh seorang guru berbangsa cina yang mana beliau merasa sangat ‘aneh’ kepada tulisan yang timbul itu. Setelah dirujuk gumpalan awan yg terbentuk itu merujuk kepada kalimah ‘Allah’.



Foto dibawah ini pula sangat menyerupai sepasang tangan manusia yang sedang menadah berdoa dari kedua belah tangannya. Gumpalan awan yg membentuk kalimah bismillah dan masyar juga dapat dilihat.



Dari foto yang diterima ke kotak email wak turut disertakan 2 keping foto yang diambil oleh salah seorang guru sekolah itu, yang mana ketika itu jelas dilihat bagaimana fenomena matahari yang terik dikelilingi oleh jalur bulatan pelangi yang sangat cantik dan menakjubkan.




Kejadian aneh dilangit itu berlaku agak lama, dan gumpalan awan-awan putih yang membentuk kalimah2 tersebut dapat dilihat lebih dari 10 minit sebelum bertukar kepada kalimah yang lain. Subhanallah.


Penulis :dipetik daripada al-banjari online.terima kasih kerana info-info di atas yang terkena gak pada pemimpin2 kononnya islam(sori bahasa kasar, kena tegas sikit), tak payah sebut..semoga kita sama-sama memperjuangkan kalimah Allah dari disalahguna daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab..Allahuakbar.islam sejati adalah islam yang betul2 mempertahankannya tanpa fahaman politik