Tuesday, October 26, 2010

PERBEZAAN IKAN KELI YANG MAKAN BAHAN HALAL ATAU HARAM

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal



Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk 'V'

· Bentuk badan mirip torpedo

· Badan berwarna hitam berkilat

· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

· Kepala berbentuk 'U'

· Bentuk badan tirus

· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan

· Digoreng tidak meletup
 
Penulis:Ikan keli pun ada yang tidak halal ye..ish ish ish

CARA NAK KENAL KULIT BABI

Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :



1.Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;


2.Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.


3.Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.


4. kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki