Wednesday, December 21, 2011

PENGARANG JANTUNG HATIKU......




Kehadiranmu membawa kebahagiaan kepada keluargaku..ragam dan karenahmu membawa keceriaan dan gelak tawa :-))))

DAH LAMA X UPDATE BLOG NI!!!!


Agak Lama juga penulis tidak "update blog ni" kerana kekangan masa disebabkan urusan keluarga ditambah lagi dengan anak "tomei" kesayangan penulis iaitu AINAA QISTINA SYAZWANI dengan ragamnya..penulis akan update kemudian...penulis pun sambung degree lagi la tak sempat update..

Penulis : isu semasa tetap akan diteruskan selepas ini...

Monday, September 12, 2011

KOD LEMAK BABI UNTUK PANDUAN

KOD LEMAK BABI - PERIKSA DULU SEBELUM BELI SESUATU




MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT



1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482

2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483

3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491

4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492

5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493

6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494

7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495

8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542

9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570

10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572

11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631

12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635

13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904

14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920

15 E 270 30 E 433 45 E 481

 
CONTOH
 

PENULIS : TERPULANG KEPADA HAK MASING-MASING UNTUK PERCAYA ATAU TIDAK.JANGAN NASI MENJADI BUBUR SUDAH..


PENJELASAN PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN

PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR  PUJUKAN GEREJA'



Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN

GEREJA di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad.



Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu

ialah sebagai  Pn Nurâ, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih

disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut

menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan

bermula pada Januari 2011 sehingga kini.



Mengikut rekod, beliau telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak

22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai bentuk

bantuan yang diterima seperti bantuan persekolahan anak, bil-bil utiliti dan

bantuan makanan.



˜Pn Nurâ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut

tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan

tetap di sektor kerajaan.



Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar

berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan

mengelirukan.



Sumber :

http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-lapo\

ran-akhbar-pujukan-gereja

Wednesday, August 10, 2011

ISLAM DALAM BAHAYA!!!!

Assalamu alaikum... Penulis baru nak terlelap tiba tiba ternampak satu group yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Murtads in Malaysia and Singapore' ya'allah mengucap panjang  baca komen komen dan post post kat situ, apa yang menyedihkan lagi sebilangan ahlinya ialah di kalangan warga melayu, yang berstatus islam..



hampir menitis airmata aku apabila manusia yang dahulunya beragama islam kini menghina dan mengkeji islam, pada pihak yang berkenaan sila ambil tindakan, sebelum ramai lagi bangsa bangsa kita yang me'murtadkan diri. ada jugak beberapa remaja perempuan melayu yang aktif, aku cukup sedih dan tak sangka, apa yang membuat mereka keliru dengan agama sendiri...
penghinaan terhadap agama bukan satu gurauan, dan tak kelakar langsung ok.



even kau tak percaya agama kau sendiri kau tak perlu nak hina agama kau! then kalau kau tak percaya agama kau! apa yang kau percaya !!! macam ni punya manusia pun ada.



Penulis : kepada facebookers beragama islam ramai-ramai boikot malaun2 di atas ni...



ASRI:BUKAN HARAM UMAT ISLAM TERIMA BANTUAN AGAMA LAIN.KENYATAAN MENGELIRUKAN????

Asri berkata semua pihak tidak patut menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan. — Foto fail


KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan “bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian.

Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam.

“Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

“Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu,” kata beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan undang-undang.

Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.

Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh” dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.

“Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.

“Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’,” katanya.

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.

Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk “Sogok wang gadai akidah” melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar daripada agama itu

Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama di bawah tajuk di muka depan “Kami diberi Bible versi Melayu.”

Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan “pendekatan lembut” untuk menarik umat Islam.

Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.
 
Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.


Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri.

Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.

Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.

“Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?” soalnya.

Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam.

“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

“Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya.
 
Penulis:pegawai Baitulmal tak rasa tercabar ke dengan kenyataan yang berwarna merah tu???

Tuesday, August 9, 2011

CERITA YANG BUAT AKU PANAS HATI..MEMANG BETUL PUN BAITULMAL TAK BUAT KEJE

Sukar dapat bantuan


Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my



PETALING JAYA: Kecewa usahanya untuk mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meneruskan kehidupan, segelintir ibu tunggal dikatakan sanggup bernaung serta menerima bantuan daripada pihak gereja, biarpun menyedari tindakan itu mungkin perangkap untuk mereka meninggalkan Islam.
Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Sabrina berkata, dia sudah menyertai pelbagai aktiviti anjuran sebuah gereja di Seksyen 13 di sini, sejak lebih setahun lalu dan mendapati ada lebih 100 wanita sepertinya di rumah ibadat itu.


“Sebelum ini saya pernah mohon bantuan dari jabatan agama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi gagal, sedangkan mereka (gereja) sanggup memberikan wang untuk saya menyara diri dan keluarga, malah untuk modal saya membuka perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.

Ibu tunggal berusia 34 tahun yang mahu dikenali sebagai Sabrina itu antara 20 individu beragama Islam berada di gereja berkenaan ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Sabrina berkata, dia menyertai kegiatan di gereja itu sejak lebih setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan
 
Penulis:Aku sebagai pegawai zakat yang terlibat dengan kutipan pun terasa bengang dengan bahagian agihan yang bekerja melepaskan batuk di tangga...kitaorang di unit kutipan bekerja bagai nak rak dengan nawaitu untuk meningkatkan kutipan zakat lagi ramai yang akan menerimanya tetapi 7 tahun aku keje tak nampak perubahan dengan unit agihan dalam memantapkan agihan zakat.cerita pemohon bantuan dihina dan dipandang sinis dan berlaku kat aku gak (aku berpura-pura berlakon sebagai pemohon bantuan nak siasat kebenaran ini) patutnya tak boleh berlaku.hak fakir miskin bukannya duit mak bapak korang.segelintir pegawai kurang mesra pelanggan.baik berhenti keje bagi orang lain.depan CM ke main menunjuk2 masuk surat khabar,cukuplah mainan politik korang!!!!! tapi belakang cerita hancur..kepada pemohon bantuan yang aku tolong aku minta maaf kerana birokrasi ini merencatkan usaha aku menolong korang.
 
# ada banyak kes borang pemohonan bantuan yang aku hantar mengambil masa sampai 3 bulan pegawai tak datang siasat...cakap prosedur 1 bulan.kalau bagi aku 2-3 hari aku cuba settlekan..kau nak bagi tahu apa reasonnya..sekarang sibuk nak buat agihan hari raya.palaotak koooo...3 bulan sebelum tu ko buat apa.baik ko semua letak jawatan khususnya ketua unit agihan(kemain eksyen pakai kereta perdana banyak duit)

Tuesday, August 2, 2011

KENALI ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA

Majalah Malaysian Business keluaran 16 Februari 2011 telah menyenaraikan 40 individu yang terkaya di Malaysia setakat 21 Januari 2011 lalu. Kekayaan 40 individu terkaya negara ini dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai. Kajian Malaysian Business juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion pada 21 Januari itu, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas.



Dalam senarai tersebut, dinyatakan seramai 40 orang terkaya di Malaysia dan dari senarai tersebut bangsa Cina mendominasi senarai orang2 terkaya di Malaysia dengan jumlah seramai 31 orang, manakala bangsa India pula seramai 2 orang dan dari jumlah2 itu bangsa Melayu selaku majoriti di Malaysia ini mencatat jumlah jutawan seramai 7 orang sahaja.
Itu yang aku pelik dan hairan bagaimana ada suara2 sumbang yang menyatakan bahawa Malaysia ini menindas golongan minoriti, sedangkan kekayaan dalam negara ini dibolot oleh majoritinya bangsa2 lain. Dan yang lebih janggal dan terkejut ada suara2 bangsa kita sendiri yang nak menghapuskan hak2 dan keistimewaan bangsa kita di bumi ini..Kita belum mampu untuk mencapai target dan sasaran yang telah disasar lebih 30 tahun dahulu..usaha perlu dipertingkatkan, dengki dan khianat perlu dihapuskan..
 
7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary
 

11. Tan Sri Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp


19. Datuk Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum


28. Datuk Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia



30. Datuk Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group


31. Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group



37. Raja Datuk Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda
 
Penulis: Bagi penulis semua individu di atas berjaya atas usaha mereka sendiri.siapa usaha lebih dapat lebih.janganlah kita berhasad dengki sesama melayu yang sememangnya dah menjadi budaya orang melayu sendiri.jangan tabur pasir atas periuk nasi orang lain!!!

Sunday, July 24, 2011

PENGGUNAAN AL-QURAN DAN HADIS OLEH ORANG BUKAN ISLAM

Apakah didalam Islam dibolehkan untuk orang kafir membaca Quran atau membaca hadis Nabi saw? Banyak ulamak-ulamak terdahulu termasuklah dikalangan ulamak Mahzab Syafie sendiri bersetuju bahawa orang kafir tidak ditegah untuk membaca Quran diatas alasan, mereka itu tak tahu akan kehormatan kitab Allah tersebut.



Seorang bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar juga mengatakan bahawa , golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat itu tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk.


Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat, Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.
Tetapi jangan pula kita salah faham dan salah tafsir. Semua perbuatan yang dibenarkan oleh para cendikiawan Islam dan para ulamak terdahulu itu tadi hanyalah tertakluk kepada orang kafir yang berminat dengan agama Islam dan berniat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi. Jika hanya mahu membaca sekadar untuk mencari modal politik atau mendapatkan kepentingan dari perbuatan tersebut, ianya tetap salah dan tak dibenarkan.
Ini bermakna, pemimpin-pemimpin politik kafir didalam negara ini tak seharusnya menggunakan ayat Quran ataupun hadis didalam hujah mereka kerana sudah jelas tujuan mereka hanya mahu mendapatkan kepentingan dari ayat serta hadis tersebut. Selain itu, mereka menghafal ayat kitab dan hadis bukanlah kerana mereka benar-benar mahu mendalami islam, tetapi mereka hanya mahu mempergunakan agama Islam sahaja.


Bukankah semua ini menunjukkan penghinaan mereka terhadap agama Islam? Apabila agama Islam secara terang dipergunakan oleh orang kafir didalam menjuarai hujah politik mereka, adakah kita boleh kategorikan itu sebagai satu kejayaan umat Islam berdakwah kepada orang bukan Islam? Sejak bila pula penghinaan terhadap agama ditafsirkan sebagai penghormatan bagi kerja-kerja dakwah? Ini adalah satu pengertian yang amat salah!


Kita harus menyedari bahawa prinsip Islam itu sangat jelas didalam menangani penghinaan terhadap agama. Sebenarnya, tiada tolak ansur langsung ke atas setiap usaha yang dilihat menjadi penghinaan kepada Quran dan Sunnah baginda Rasul. Umat Islam dituntut supaya mempertahankan kemuliaan agamanya daripada dirosakkan oleh para kafir laknatullah.
Umat Islam keseluruhannya diwajibkan untuk mempertahankan kesucian ayat kitab dan hadis daripada dihina. Tak kiralah penghinaan itu datangnya dari umat Islam sendiri apatah lagi dari pihak kafir. Jadi apakah kita semua sanggup bertoleransi apabila ada pihak yang mempunyai kepentingan didalam politik mempersendakan agama dan juga membenarkan kafir menghina Islam?


Umat Islam dipertanggung jawabkan untuk memperkenalkan Islam kepada orang kafir, bukannya membenarkan mereka menjadikan Islam itu sebagai modal politik mereka. Jika ada parti politik yang katanya mahu berdakwah kepada orang-orang kafir didalam satu parti lain, Al Quran dan Sunnah perlu diperjelaskan dan diterangkan sehabis baik. Bukannya sekadar membiarkan kafir-kafir itu menafsirkan agama Islam dengan pengetahuan mereka sendiri sahaja.


Inilah yang sebenarnya gagal di dilakukan oleh pihak-pihak yang kononnya mahu berdakwah didalam negara. Islam menjadi bahan mainan golongan kafir akibat dari kegagalan mereka yang berjubah dan berserban ini menunaikan tanggung jawab dakwah yang sebenar.

Sunday, July 10, 2011

SAPA KATA PDRM KEJAM????

DAH LA MENYUSAHKAN ORANG RAMAI LEPAS TU DAPAT MAKAN SEDAP-SEDAP.SIAP SPECIAL MEDICAL...SAPA KATA KERAJAAN TU KEJAM.TU LA AKIBAT MENDENGAR CAKAP-CAKAP PENGKHIANAT NEGARA TANPA BERFIKIR DAN SELIDIK KORANG YANG JADI MANGSA.MALAUN2 ATAS TU TERLEPAS.KALAU KAT NEGARA LAIN TERUK DAH KO KENA BELASAH NGAN POLIS.SETIAP MANUSIA ADA KELEMAHAN NAK TEGUR PUN BUKAN CARA MACAM INI.BUDAYA DEMONSTRASI ALA BARAT YANG DITIRUNYA.DENGAR LA CAKAP KEPALA YAHUDI TU..

gambar2 dipetik daripada wan_pzm@yahoo.com

LAYANAN ISTIMEWA... Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.Pakcik ketayap tu dah tua-tua duduk rumah berzikir lagi baik..emmmmm budaya orang melayu memang macam tu..
PETALING JAYA: Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.


Pusat tahanan sementara berkenaan bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.


Hampir 650 orang termasuk wanita yang ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan haram terbabit diberi layanan istimewa sebaik tiba di pusat berkenaan


Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera.kalau kat barat mati katok la ko ingat nak bagi perubatan percuma senang2..


Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.

Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.


Kerajaan tahu ramai demonstrasi orang islam sebab tu diberikan kemudahan solat.bukti kerajaan prihatin terhadap agama islam.kurop x kurop pemimpin tu datang pada kelemahan manusia tu..ala pemimpin korang pun korup gak sebab tu ramai yang rumah batu besar gak.hakikatnya sesiapa yang jadi YB pakcik kayoooooo

Thursday, June 16, 2011

LAWAK LAGI...

Monday, June 13, 2011

GAME-GAME YANG MENGHINA ISLAM-PART 3

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock



Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


 

Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa ?syaitan? bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


 

Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.



AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia


Ada 2 kemungkinan di sini.


a) Penghinaan Senyap

Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo

Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.
 

Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4



Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".



Los Illuminados bermaksud ?The Illuminated!?


Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut
 



Zoom pada pintu tersebut



Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?


Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.



Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi



Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!.
 

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut



Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.


Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.


Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.


Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.[/size]

Penulis.Sumpah aku tak nak main game ni lepas ni..

Friday, June 10, 2011

GAME-GAME YANG MENGHINA ISLAM - PART 2

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:


Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?


Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.

http://www.youtube.com/watch?v=ziV03wLGDnY&feature=player_embedded#at=70


Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.


The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.


A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."


"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia




Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)


Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)



Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".


6) Stronghold Crusader





Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.


Bersambung....








Thursday, June 9, 2011

GAME-GAME YANG MENGHINA ISLAM!!!!!! PART 1

1) Devil May Cry 3



KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.


Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ?penghulu syaitan? menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.



Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.


Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.







Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.



Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.


(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)

"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"


dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.


"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".


Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut.


Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?


2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.






Berita mengenai permainan ini dirampas:


Permainan Undying dirampas kerana hina Islam


PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.


Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.


Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.


Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.


Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. ?Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,? katanya
 
BERSAMBUNG....

Wednesday, June 8, 2011

SELINGAN LAWAK.HEHEHE

Monday, June 6, 2011

TNB SILA JAWAB ISU INI!!!!!!!!


"Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Rakyat yang alpa mudah tertipu.
TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. . Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.


Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lessen memandu, pembayaran bil domestic, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui mou dengan TNB. Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya.
Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW. Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-


1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00



200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60



200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40



100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70
Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.
Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-



750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan.


Kiralah sendiri kalau 100 000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB.


Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tanah terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda.


Dipetik dari http://dakwahkemaman.blogspot.com"

PENULIS:TULISAN INI TELAH DIEDIT KERANA BANYAK SANGAT PERKATAAN YANG MENYALAHKAN KERAJAAN DAN PARTI UMNO.CUKUPLAH TNB YANG PATUT DIPERSALAHKAN.JANGANLAH NAK KAITKAN DENGAN ORANG LAIN.TNB SILA JAWAB!!!!!

Sunday, June 5, 2011

SOLUTION UNTUK HILANG SELIPA DI MASJID

Thursday, June 2, 2011

RENUNGAN-NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH,HATI-HATI

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah - Mustahak....................


Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,

apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah

bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah

kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan

nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak

berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada

mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul

iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita

bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

Penulis:terima kasih atas e-mail yang diterima...

Sunday, May 29, 2011

'Perang Budaya dan Lambang Muslim' oleh Mahaguru58

Artikel ini penulis petik daripada blog http://mahaguru58.blogspot.com/ artikel yang menarik...


Simbolisma pemakaian Keffiyah Allahyarham Yasser Arafat oleh warga dunia Barat begitu menyakitkan hati para pemuka Yahudi rejim haram Zionis Israel dan kaum kerabat Yahudi di Amerika Syarikat sehingga memaksa mereka untuk merekacipta Keffiyah simbolisma mereka pulak!
Begitu hebat sekali peranan yang dimainkan oleh lambang identiti perjuangan Arab Palestin sehingga pemakaian kain Keffiyah Arafat menusuk jiwa dan minda para penyokong Zionis Israel didalam kehidupan seharian mereka baik di tanah jajahan rejim haram Israel dibumi Palestin mahupun di Amerika.



Berhati hatilah wahai umat Islam dari tersalah beli corak kain kaffiyeh Zionis Israel dengan lambang dan corak bintang segi enam Yahudi @ Star of David seperti didalam gambar di atas




Para pembenci perjuangan orang orang Arab Palestin dari kalangan Yahudi Israel dan Amerika Syarikat kini melancarkan perang saraf terhadap lambang kain kaffiyyah Arafat dengan mempromosikan lambang Yahudi ini pulak melalui media massa mereka dan ratusan laman web anti Islam turut mempropagandakan kempen anti lambang intifada Palestin ini.


Sesungguhnya manusia didalam kehidupan dunia ini terbahagi kepada pelbagai macam ragam dan cara masing masing untuk mengisytiharkan jatidiri dan lambang masyarakat sendiri melalui cara pemakaian pakaian pakaian dan assessori tertentu pada diri dan kehidupan mereka.



Allahyarham Presiden Yasser Arafat sentiasa memakai kain kaffiyyah Palestin pada diri beliau biar kemana sahaja demi menunjukkan identiti orang orang Arab Palestin walau ditindas dan dikepong oleh rejim haram Zionis Israel.



Sepanjang sejarah perjuangan Yasser Arafat, Allahyarham tidak pernah ketinggalan untuk memakai kain kaffiyeh lambang masyarakat Arab Palestin sehingga kain kaffiyeh ini diberikan jolokan 'Arafat Keffiyeh' oleh seantero dunia.
Ianya menjadi satu simbol perjuangan. Lambang Arab Palestin. Bilamana seseorang itu melilitkan kain keffiyeh Arafat ini, maka secara tak langsung, ianya menunjukkan bahawa sipemakai mempunyai semangat juang dan revolusi didalam diri nya.


Laman web pemantau dunia Islam di Australia @ Australian Islamist Monitor menerbitkan artikel ini didalam usaha mereka untuk mempengaruhi orang orang bukan Islam sedunia dari menyokong perjuangan warga Arab Palestin tanpa sedar dengan menggayakan fesyen skaf keffiyeh Arafat dengan mempromosikan pemakaian skaf lambang Yahudi seperti dipaparkan didalam video diatas.



Simbol memakai kain keffiyeh Arafat dikatakan menunjuk kepada semangat juang seseorang dan memang ianya terbukti begitu bila sipemakai kelihatan macho dan 'jantan' melilitnya pada leher seperti didalam gambar


Simbolisma Keffiyeh Arafat adalah sesuatu jihad budaya yang serta merta akan memberikan impak kepada sifat dan jiwa pemakainya. Bilamana seorang wartawan penyiaran memakai kain skaf keffiyeh Arafat semasa bertugas menyampaikan berita depan kamera televisyen, puak puak anti Islam terus mengeluarkan kenyataan berikut ' its chic to support Muslim terror' menghentamnya didalam artikel tulisan seorang bernama Cassandra dilaman anti Islam berkenaan.






Promoting Jihad Chic' dituduhnya. Wartawan fesyen Maggie Alderson (kiri) turut terkena tempias kemarahan puak puak penentang perjuangan Arab Palestin bilamana kenyataannya bahawa kain skaf keffiyeh Arab adalah suatu kemestian untuk dimiliki penggemar dan penggaya fesyen semasa di dunia Barat.



Begitulah hebatnya penentangan puak puak kaffir Laknatullah dunia ini terhadap apa sahaja lambang dan simbol orang orang Islam sejak keruntuhan sistem Khilafah di Turki.


Mereka tidak senang melihat apa apa sahaja simbolisma Muslim diperagakan oleh sesiapa sahaja. Mereka memerangi kita melalui penerapan nilai nilai liberalisma mereka dan menyuntik secara halus penerimaan lambang lambang mereka melalui apa sahaja bidang dan ruang yang dapat mempengaruhi kita.

Masyarakat kita diMalaysia ini begitu mudah menjadi mangsa 'brainwash' Yahudi ini. Mereka yang menguasai media massa menyuntik jarum jarum halus mereka kedalam jiwa yang alpa dengan cara menerapkan nilai nilai anti Islam mereka melalui kaedah 'ikutilah trend terkini' seseorang artis dan selebriti dunia hedonisma mereka.



Tuan puan boleh melihat perkara ini berlaku melalui fesyen fesyen dan cara seseorang artis baik di barat ataupun timur di ikuti secara membabi buta oleh golongan remaja mahupun dewasa yang kononnya tidak mahu ketinggalan dari trend semasa. Kira 'hip' lah gitu bilamana seseorang menggayakan cara artis dan selebriti pujaannya didalam kehidupan sehariannya.


Perkara ini begitu jelas didalam dunia kehidupan kita sekarang. Setiap aksesori dan lambang baik melalui pemakaian tertentu atau sikap dan cara seseorang itu menjadi ikutan para peminatnya.


Mendiang Michael Jackson dengan 'glove berlabuci'nya. Mendiang Mahatma Gandhi dengan kacamata bulatnya. Juara AF Mawi dengan gaya rambut pendeknya pun menjadi ikutan sesetengah orang sehingga gaya begitu dinamakan 'stail Mawi'.


Begitulah besarnya kuasa pengaruh seseorang yang boleh merubah dan memberi kesan kepada kehidupan sesuatu kaum atau masyarakat.


Jadi, ingin saya menasihati tuan tuan dan puan puan Muslimin dan Muslimat sekelian supaya berhati hati didalam mengikuti sesuatu fesyen dan gaya didalam kehidupan anda. Jangan main belasah sahaja menggayakan sesuatu tanpa mengetahui natijah perbuatan sebegitu.


Memakai kopiah, serban dan jubah itu adalah sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam. Bilamana seseorang Muslim menggayakan pakaian dan aksesori begitu, ianya menghidupkan simbol jatidiri sendiri selaku umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.


Kain tudung dan hijab Muslimah adalah simbol wanita beriman yang bila dipakai oleh seorang yang terkenal dengan sikap dan sifat liar nya sekalipun terus akan memberikan erti bahawa ia telah berubah dari alam jahiliyyah kepada akur dengan perintah Allahu Ta'ala untuk memelihara kehormatannya sebagai hamba Allah dan bukan hamba Syaitan.
Contoh adalah para pelakon dan penghibur tempatan. Bilamana mula bertudung dikatakan 'Alhamdulillah! Sipolan telah bertaubat dan sebagainya. Diraikan masyarakat baik petugas petugas media mahupun orang orang awam.






Isteri PM Rosmah Mansor sering dikutuk kerana tidak memakai tudung oleh semua pihak terutamanya oleh penyokong parti pembangkang PAS!



Saya sendiri sering menulis menegurnya supaya bertudung tetapi nampak gayanya ia kebal atau sengaja buat 'derk' sahaja dengan pandangan masyarakat.
Begitu juga dengan mantan PM ke4, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Berjaya didalam pentadbiran politik negara tetapi sebagai ketua keluarga gagal sampai ke saat ini untuk memerintah isteri menutup aurat! Mungkin mereka jahil murakkab menurut kedegilan terlampau?
Rosmah Mansor semberono sahaja keluar tanpa menutup auratnya membuka ruang bagi orang menghentam sang suami Najib Tun Razak sebagai lambang seorang suami yang gagal mentarbiyyah isteri sendiri.
Saya hairan kenapa ianya jadi susah sangat? Bukannya mereka tak mampu nak beli kain tudung? Punya lah kaya raya sampai 7 keturunan makan tak akan habis punya tetapi entahla...
Macamanalah orang nak hormat bila para pemimpin negara tak berjaya mengarah isteri masing masing untuk menutup aurat mereka bila dikhalayak ramai tetapi berucap berdegar degar diatas pentas begitu begini???
Maka berwaspadalah wahai Muslimin Muslimat sekelian dari tertipu dengan kempen Yahudi Zionis Israel Laknatullah untuk menerapkan nilai nilai budaya mereka secara halus ini.


Takut ada pula mana mana lebai sangkut gi beli kain keffiyeh Yahudi dan pakai lilit sebagai serban tanpa tahu yang mana lambang Arab dan yang mana pula lambang Yahudi!


Simbolisma lain lain, harap kaji dan fahami dahulu sebelum main serkup sahaja!


Bukan apa, Tok Mamu dah tahu maka jatuh wajib saya kena maklumkan pada semua.


Mudah2an kita semua dibimbing Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari menjadi mangsa perang saraf Yahudi dan Nasara.


Amin. Ya Rabbal Alamin.

Friday, May 27, 2011

MUSIBAH TERHADAP INSAN YANG BERNIAGA DEMI AGAMA..CACAMERBA YANG DIPEROLEHI..

PENULIS ADA MENERIMA E-MAIL DARIPADA SESEORANG YANG KOMEN MENGENAI FACEBOOK HAMBA ALLAH JAAFAR HANI YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN HPA..SUNGGUH MENYEDIHKAN NIAT MURNI HAMBA ALLAH INI TELAH DICERCA HABIS-HABISAN OLEH MANUSIA YANG KURANG ILMU AGAMA DI DADA SEMATA-MATA BELIAU MENYIARKAN ARTIKEL MENGENAI KFC DAN SECRET RESIPE HARAM..DENGAN NAMA ALLAH TUJUAN ARTIKEL INI DIKELUARKAN BUKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN HAMBA ALLAH INI CUMA SEKADAR UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN..AMIN

BERIKUT E-MAIL YANG DITERIMA PENULIS:


Korang ada baca artikel (kat bawah) yang mengatakan KFC tu haram, sejak dua menjak ni? Ada la mamat lurus-bendol yang sekor ini tag minah lurus-longkang yang sorang lagi kat wall FB, dan si minah pulak sebarkan pulak pada minah lain yang lurus-tiang, lepas tu semua orang yang baca sebar lagik pada ntah sapa-sapa kawan masing-masing yang sorang-sorang lurus-macam-pembaris. Kiranya nak jalankan civic-duty sesama Islam la gitu. Lepas tu diskus kat wall masing-masing, KFC memang lahanat kasi umat Islam kat Malaya ni makan bangkai selama hari ni. Komen-komen seperti ini pun keluar: "mohon share ye?", "good info bro", "alhamdulillah kerana beritahu, KFC memang kimak!", "tak sangka KFC tu haram erk?", "tak sangka aku lurus-bendol macam ko jugak erk?"... pum pang pum pang.


KOMEN PENULIS:SEBAGAI ORANG ISLAM ENAKNYA GUNAKAN KATA-KATA YANG ENAK DAN BAIK..

Sapa agaknya yang lantang sungguh menyebarkan artikel ni? Ini mamat pakai kopiah ni ha. Lepas dissing KFC, dia sekarang dah start menyebarkan berita bahawa Secret Recipe ada "secret ingredient" yang ada air badan al-khinzir dalamnya pulak. Seorang pejuang Islam yang sangat prihatin tentang kebajikan umat Islam ni - hebak mung!

PENULIS:SI HAMBA ALLAH INI SEKADAR BERKONGSI BUKAN NIAT MENJATUHKAN SYARIKAT SECRET RECIPE ATAU MANA-MANA SYARIKAT SAMA ADA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM..SEKADAR MENGINGATI

BLOG HAMBA ALLAH ITU..



e-mail yang disiarkan dalam facebook hamba allah ini..

PENULIS: AWAL-AWAL LAGI SI HAMBA ALLAH INI DAH BAGITAHU DI ATAS DIA ADA MENERIMA E-MAIL DAN INGINKAN KEPASTIAN BETUL ATAU TIDAK...

Jadi, apa ceritanya neh? Mamat Jaffar Hani al-kopiah mahu kasi semua orang tahu bahawa penyembelihan oleh geng KFC tu tak sempurna, jadi al-Kentucky Fried Chicken itu HARAM LAKNAT tu bang. JAKIM dan Ustaz Daud Che Ngah said so brotha! Come on everyone... meh boikot KFC meh.

FOR THE RECORD... Aku, Aidid Mu'addib memang dah muak gilabab makan KFC. Dengan ayam gorengnya yang gebu dan lembut gilabab (yang menandakan ayam tu makan-tido-makan-berak-makan-ayamtutaktidosebokmakan-pastukenasembelih), dan dengan kadar kolesterol yang sky-high yang ada dalam makanan-makanan proses, yang sama aje macam frachise fast-food yang lain-lain seperti McD, BK, PH, whatever. Tak kose aku weh menelan fast-food hari-hari aih! Lepas tu heart-attack umur 38, stroke umur 43, kojol umur 47. Kok nasi ganja lain la cite bang... itu pun sekali-dua sebulan aje pun. Kok masakan bini aku kat rumah lagi best, especially aku ni vegetarian sket, dan bini aku pulak tahu apa makanan yang aku suka. Semua fast-food punya veggie dishes macam hareeem... meaning tak best, bukan haram tak boleh dimakan. But, anyway, ini isu lama dol al-kopiah bang. Mamat HPA ni baru keluar hutan dekat Gua Musang kut... tertinggal bas ekspress. Sori, mungkin jugak dia tak tahu bas ekspress tu apa. Kalau nak travel dalam hutan kat pedalaman Gua Musang tu, kena pakai tali yang bergantungan kat dahan pokok aje... you know, macam al-monkey.

PENULIS:NIAT SUCI NAK KEPASTIAN DARIPADA PELBAGAI PIHAK TAPI......ERMMM NI BUKAN PASAL KFC TU HARAM KE HALAL NI PASAL INGIN BELIAU INGIN KEPASTIAN..JAWAPAN BUDAK TAK SEKOLAH AGAMA DIA DAPAT..

Isu Ustaz Daud Che Ngah dan Ayam KFC/Produk AYAMAS




Saya merujuk kepada email FITNAH yang masih terus disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan dengan perkara diatas yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan integriti KFC dan QSR Brands (M) Berhad sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Jcorp melalui Kulim Berhad sejak Julai 2006 dalam industri penyediaan makanan Halal.


Sejak pengambil alihan tersebut, diantara perkara UTAMA dan TERPENTING diambil tindakan oleh pihak pengurusan syarikat ialah penubuhan Jabatan Shariah & Pematuhan Halal yang mengendalikan ursuan berkaitan pemantauan Halal dalaman bagi mempastikan semua produknya disediakan selamat dan Halal dimakan oleh umat Islam.


Dengan panduan yang diberi oleh Majlis Penasihat Shariah, jabatan ini bukan sahaja bergantung kepada pemantauan bebas HDC (dulunya JAKIM) dalam soal pematuhan Halal oleh setiap unit bisness di dalam syarikat kumpulan nya, malah, lebih jauh daripada itu syarikat telah mewujudkan Unit Audit Halal yang mengambil tanggung jawab memantau dengan rapi setiap tahap penyediaan dan proses produk keluarannya.


Selain mematuhi piawaian Halal yang terkandung dalam MS 1500:2004 yang berkaitan dengan penyediaan makanan Halal, panduan persijilan Halal JAKIM, GMP, HACCP dan piawaian Jabatan Haiwan Malaysia, Jabatan Shariah & Pematuhan Halal telah mewujudkan satu sistem jaminan Halal komprehensif dalam semua rantaian makanan daripada “farm to fork”.
Sebaran email FITNAH (sejak 23 tahun yang lalu) yang berterusan itu amat tidak adil, tidak bertanggung jawab dan sesungguhnya memperlihatkan sifat mungkar penyebarnya dan yang meneruskan penyebaran nya secara berterusan dan menyebarnya secara meluas tanpa sedikitpun mengambil kira kesahihan nya (suatu sifat keji yang dilarang oleh agama) dalam keadaan semasa.


Disertakan bersama-sama ini surat penafian dan rasa kekesalan yang dibuat oleh Ustaz Daud Che Ngah (yang kini bergelar Datuk) berhubung penyebaran fitnah tersebut secara berterusan sehingga hari ini.


Oleh yang demikian, sekiranya benar-benar ingin mencegah kemungkaran, dan membantu kami dalam melaksanakan fardu kifayah menyediakan makanan Halal kepada masyarakat, email berkenaan seharusnya tidak lagi disebar atau dihiraukan bagi mengelakan kita turut bersubahat dengan kemungkaran menyebar FITNAH. Sebaliknya, sebarluaskanlah email saya ini agar kebenaran mengatasi kepalsuan dan akhirnya kita semua memperolehi keberkatan, InsyaAllah.


Sebarang masaalah dan kemusykilan berkaitan isu ini perlu disusul dan dipastikan kesahihan nya dengan piahk JAKIM dan HDC sebagai pengawal selia persijilan Halal di Malaysia atau boleh menghubungi terus Jabatan Shariah & Pematuhan Halal QSR Brands / KFC (M) Berhad email: halal@kfcholdings.com.my bagi mendapatkan kepastian.


Sekian, Wassalam
Mohd Roslan bin Mohd Saludin,
Setiausaha,
Majlis Penasihat Shariah
QSR Brands/KFC Holdings (M) Berhad


Tak cukup dengan keje nya yang mahu kasi KFC lingkup cepat, mamat al-kopiah ni dah start pulak belasah restoran Secret Recipe... yeehaaa! Pejuang Islam sebegini yang kita mahu. Bongkar bang jangan tak bongkar.


NI LA JAWAPAN DIA NAK BUKANNYA JAWAPAN BUDAK TAK SEKOLAH AGAMA...

HDC= "SYARIKAT" YANG DIWUJUDKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MENGELUARKAN SIJIL HALAL BAGI "PRODUK" LUAR NEGARA.DIULANGI PRODUK LUAR NEGARA.DISEBABKAN KFC NI DARIPADA LUAR NEGARA WALAUPUN PRODUKNYA DIHASILKAN DI NEGARA INI MAKA SIJIL HALALNYA DIKELUARKAN OLEH HDC...FAHAM!!!

DENGAR2 ADA KEGIATAN JUAL BELI LESEN KAT HDC..WALLAHUALAM...MINTAK DIJAUHKAN BAGI UMAT ISLAM..

ISU TERBARU TAPI YANG CONFORM YANG HARAM BUKAN SECRET RECIPE YANG POPULAR TAPI SYARIKAT LAIN YANG HAMPIR SAMA DENGAN SECRET RECIPE YANG RAKYAT MALAYSIA SUKA  MAKAN TU

INI BUKTINYA...

Actually, what's the real story here? Ini kesah ada mamat penganut MLM yang buruk perangai mahu kasi bzns kepunyaan kapiaq nama buruk, walaupun bzns kepunyaan kapiaq tu adalah bzns konvensional yang banyak bayar gaji kat beribu-ribu umat Islam yang sungguh-sungguh cari rezeki halal dengan bekerja kasi jual ayam dan coleslaw dan cheesy wedges. Beribu umat Islam bekerja di restoran yang jual benda halal yang telah disahkan dan dipantau oleh pihak JAKIM, dan bzns restoran sebegini sama sekali tidak melibatkan pengelentongan produk (seperti MLM) dan tak melibatkan pengagihan riba' share tong-tong kat upline berbilang tingkat (seperti MLM), dan tidak melibatkan penganiayaan downline (seperti MLM) dan tidak melibatkan seseorang itu dipaksa menganut agama MLM yang sebagaimana korang pembaca Aididleaks ketahui, MLM tu semua rata-rata macam CULT... you know, "positive thinking" la, tepuk-tepuk tangan la, sorak-sorak woohoohoo, puja-puja mamat yang hebak yang dah berjaya bertenggek kat atas piramid MLM tu... motivasi wadefak yang tak keruan setiap minggu kat HQ... bak sini RM70 sorang. Bongok nak mamps!



Anyway, meh kita berkenalan dengan mamat al-kopiah the saboteur extraordinaire. Profile FB nya terbukak luas - mahu kasi tahu semua orang tentang HPA dan kehidupan indahnya sebagai balaci HPA. Jangan lupa pakai kopiah tu bang. Haish ko neh!


PENULIS:MAMAT YANG KOMEN NI CONFORM TIDAK MENYIASAT LEBIH DETAIL TENTANG MLM SYARIAH YANG DIBAWA HPA..MAYBE SEBAB PERNAH GAGAL DALAM MLM SEMUA MLM DI BANTAI..KALAU SEMUA PEMBACA BLOG INI INGIN MENGETAHUI MENGENAI MLM SYARIAH HPA BOLEH LAYARI. http://www.hpa.com.my/. BUKAN MAIN HENTAM KROMO BOLEH JADI FITNAH.NAHUZUBILLAH PERKATAAN BALACI HPA DIGUNAKAN...SUNGGUH KURANG AJAR MAMAT NI..MENGELENG KEPALA PENULIS..


TERUSKAN PERJUANGANMU WALAUPUN NIATMU SEKADAR INGIN BERKONGSI ANUGERAH ALLAH TIDAK KIRA HPA ATAU SYARIKAT MLM LAIN.HATI KENA BERSIH..

Kalau fitrah manusia tu diturunkan ke dunia ni untuk makan pil/tablet dan semua apekejadah makanan proses yang datang dari kilang, maknanya takde la guna Allah jadikan sayur-sayuran, buah-buahan, binatang yang dah dihalalkan tu semua ek? What for then? Patut Allah jadikan pokok tu semua berbuah pil... isn't it? Only psychos who haven't got a clue about medicine would swallow all these pills with all his (ticking time-bomb) heart without thinking with his Allah-given brain... and liver and kidneys, for that matter.



Bukan apa... mamat al-kopiah mahu kasi tunjuk kat prospek-prospek HPA tu semua tentang kehebatan produk HPA dan bagaimana ianya telah kasi dia sihat trangtangtang dengan makan 47 biji pil sehari, gosok gigi pakai ubat gigi HPA, dan basuh kain pakai sabun basuh HPA jugak dan makan mee HPA yang special (kurang carbs beb dan penuh barakah maaa! Yeay!). Liver cirrhosis is just around the corner, btw.

PENULIS: SATU LAGI PENGHINAAN KEPADA PRODUK ISLAM..TAKPE TERUSKAN USAHA..

Aku rasa, aku pasti ramai yang dah pernah jumpa makhluk sebegini... especially dalam kes bzns MLM yang mana kalau sesuatu perniagaan tu ada melibatkan sentimen agama. Inilah salah satu modus operandi yang selalu diamalkan untuk kasi sesebuah bzns MLM itu lebih oomph! Why? Because agama is a powerful weapon, especially untuk orang yang dungupiang-no-hope, tapi perasan tahun depan dia akan jadi millionaire buat MLM dengan penuh barakah dan toyyiban. Dalam industri MLM, sentimen agama itu lebih powerful daripada pep-talk "duit duit duit", melanc... ung, kereta besor, blablabla, seperti yang diamalkan oleh kebanyakan MLM anjuran al-kapiaq yang lain seperti Hai-O, Zhulian, MonaVie, Herbalife, Questnet, bloody 'ell whatever MLM tu semua. You all realised this dontcha? We all see it every day. Banyak orang HPA yang promote produk HPA dengan cara menjatuhkan hukum haram pada produk syarikat lain...


PENULIS :BAPA PENULIS MERUPAKAN STOKIS KEPADA BANYAK SYARIKAT MLM TERMASUK HPA.TAK PERNAH PUN PENULIS TENGOK DIA MEMBURUKKAN SYARIKAT MLM LAIN..BAPA PENULIS JUGA STOKIS KEPADA MLM LAIN SEPERTI HI-GOAT, SURECO, DAN BANYAK LAIN..YANG PASTI MAMAT NI MEMANG ANTI MLM KOT..BAGI PENULIS TAK JADI MASALAH KITA SUPPORT SYARIKAT MLM MILIK ISLAM KITA DENGAN MASA SAMA KITA TAK JADI MASALAH MENGGUNAKAN PRODUK DARIPADA SYARIKAT BUKAN ISLAM..YANG PENTING KALAU KITA MERAGUI SESUATU PRODUK ELOKLAH DIJAUHI..APAPUN LEBIHKAN SOKONGAN KEPADA PRODUK UMAT ISLAM KITA X KIRA SYARIKAT.AMIN...