Cara Minum mengikut Rasulullah S.A.W
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.
Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka
minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yg tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan
sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW
suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis
minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis
bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu
atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada
menyebut
"Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari
cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu
mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul
didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling
bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus
berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke
dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah
Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis
menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat
untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun
setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat
# penulis:- selama ini kita main telan je.semoga apa yang disampaikan mendapat renungan kita bersama.wassalam....