Tuesday, January 3, 2012

ISU GARDENIA-SIAPA YANG BERSALAH..PPIM???

Dipetik dari wan_pzm@yahoo.com
penulis :Shahabudeen Jalil

sila klik untuk imej besar

Segalanya mula diketahui oleh orang ramai apabila satu artikel disiarkan di laman website PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang mendakwa Cina Boikot Melayu baru-baru ini.




Ini adalah jawapan dari Gardenia yang nampak lemah dan terlalu UMUM. Siapa yang dimaksudkan pun tidak diketahui ? Apa isunya ? Orang yang baru mengikuti isu ini pasti akan menjadi lebih keliru. Mungkin juga ini satu publicity stunt. Publicity stunt adalah sesuatu tindakan yang dibuat dengan sengaja untuk menarik perhatian orang ramai. Ia boleh jadi dengan cara negatif atau positif. Yang peting, orang memberi perhatian dan jualan akan meningkat.


Dalam artikel Cina Boikot Melayu itu tadi, PPIM seperti biasa mendakwa tanpa sebarang bukti yang kuat bahawa orang Cina mula untuk memboikot roti Melayu iaitu roti Gardenia . Bukti yang ada hanyalah screenshot Facebook seseorang individu. Jika nak digunakan itu sebagai bukti, pelbagai lagi dakwaan yang dibuat di facebook.

komen penulis :siasat sebelum sebarkan.kalau benda yang disebarkan itu tidak betul boleh menjadi fitnah..orang islam seharusnya menyokong perniagaan orang islam sesama ummah

Saya tahu sedikit sebanyak mengenai kisah antara Gardenia dan PPIM ini. Tujuan saya menulis ini adalah kerana saya merasakan adalah tidak adil untuk sebarang syarikat yang dijatuhkan dengan bukti yang tidak cukup oleh sesiapa yang tidak berautoriti.



PPIM dan Gardenia telah lama berkerjasama untuk kebaikan dan untuk menyerang musuh Gardenia. Ini semua bermula pada tahun 2002 apabila dalam kempen boikot barangan Amerika, PPIM pada waktu itu telah meletakkan Gardenia sebagai salah satu barangan yang perlu diboikot. Alasan mereka adalah Gardenia dibungkus dengan jalur bendera Amerika Syarikat. (cuba tengok bungkusan plastik roti Gardenia, anda akan memahaminya).

 
Selepas itu Gardenia menghubungi PPIM dan menerangkan bahawa Gardenia ini mempunyai pegangan saham syarikat Muslim Bumiputera seperti Bernas. Dan Gardenia bukan syarikat milik Amerika Syarikat. Perhubungan mereka terjalin dan pihak PPIM pula menerima penajaan daripada pihak Gardenia. Banyak program-program yang baik PPIM yang ditaja oleh Gardenia. Saya tidak tahu niat Gardenia pada waktu itu. Mungkin ada udang di sebalik batu, mungkin tidak.


Penulis : penulis ini cuba menyerang PPIM nampaknya..PPIM ditubuhkan untuk menjadi telinga kepada JAKIM bahagian Halal mengenai cubaan sesetengah syarikat yang cuba menggunakan sumber bahan mentah tidak halal(bukan sekadar b*** sahaja).PPIM sekadar menjalankan tugas(memang banyak pun bahan makanan tidak halal di malaysia sewaktu penulis aktif dalam isu halal haram cuma masyarakat tidak percaya.nak bukti dan fakta sendiri siasat..kebanyakan premis milik islam dan bukan islam tidak menepati syarat lesen halal-bukan sahaja bahan makanan itu tetapi kawasan persekitaran juga mesti bersih..itu pun terkandung dalam syarat halal haram juga..kebanyakan premis yang akan diperiksa jakim akan berpura-pura mengamalkan kebersihan ketika diperiksa namun di belakang lain pula jadinya..realiti...



Setelah Gardenia dan PPIM mula menjadi semakin rapat. Pakatan ini digunakan oleh PPIM untuk mendapatkan penajaan daripada Gardenia, manakala Gardenia pula menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan PPIM menyerang saingannya.



Maka bermulalah episod penyebaran berita bahawa roti High5 mengandungi lemak babi dari Jerman (ada yang mengatakan dari Israel). Setelah tersebar ke internet, berita ini merebak bagaikan api yang ditiup oleh angin ribut di internet. Sudah tentu jualan syarikat High5 akan jatuh merudum. Masyarakat kita tidak perlu bukti. Hanya satu sebaran sms seperti “Ada seorang Ustaz kawan aku dari Terengganu kata, roti High5 ada lemak babi dari Jerman”. Ini sudah cukup.



Pada episod kedua pula, PPIM membuat penyerbuan ke atas kilang High5. (Sedangkan PPIM tidak mempunyai sebagai autoriti untuk menyerbu sebarang premis. Mereka ini hanyalah satu persatuan biasa. Mereka bukan mana-mana Jabatan Kerajaan). Penyerbuan ini divideokan dan disebarkan sekali lagi.



Kali ini adalah pukulan yang sangat kuat. Walaupun selepas itu High5 membalas dengan membawa Ustaz Hassan Din ke kilang mereka. Berikut kenyataan akhbar Ustaz Hassan Din.



‘‘Saya telah melawat kilang roti ini di Nilai, Negeri Sembilan apabila mendapati maklumat yang tersebar sebelum ini mengatakan kononnya roti keluaran syarikat ini menggunakan minyak babi dalam ramuannya adalah tidak benar.



‘‘Kekeliruan ini juga dipercayai sengaja diada-adakan pihak pesaing. Jadi, sekarang sudah terbukti tiada lagi keraguan mengenai status halal roti keluaran Silver Bird Group ini,’’ katanya. (sumber : Utusan Malaysia)

Roti High Five digantung lesennya bukan disebabkan oleh kandungan minyak babi dalam rotinya tetapi kawasan persekitaran kilang yang kotor yang menjadi faktornya(sayangnya video yang memaparkan lawatan jakim ke kilang milik silverbird telah padam dalam komputer penulis sebab kena virus-sejak tu tak beli roti keluaran silver bird-tabung haji ada syer dalam syarikat ini-ada pendeposit marah mengenai perkara ini..


Namun apabila kredibiliti sesuatu syarikat seperti high5 dijatuhkan, adalah hampir mustahil untuk mengembalikannya semula ke tahap asal walaupun diambil ustaz setinggi mana pun untuk membuat kenyataan.



Episod Baru Gardenia dan PPIM ?



Episod terbaru ini pula adalah mungkin pakatan baru pihak PPIM dengan Gardenia untuk menghancurkan pesaing baru mereka roti Massimo pula

Contoh isu lain yang dimainkan oleh PPIM secara tidak bertanggungjawab




1. Isu Ubat Gigi Halal keluaran Muslim . Isu ini dimainkan untuk menjatuhkan Colgate dan menaikkan nama Ubat Gigi Mukmin, kononnya ini adalah produk keluaran orang Islam. Namun ini tidak tepat kerana kilang membuat ubat gigi Mukmin adalah American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat bukan Islam. Baca lanjut di Dewa Kebaikan..

penulis : isu ini dimainkan semasa Penulis aktif sebagai ahli HPA industries.apa yang diketengahkan adalah bahan yang terkandung dalam ubat gigi colgate yang mengandungi bahan yang merosakkan gigi dan anggota mulut (x salah PFC@PVC).namun isu itu sudah selesai di mana colgate sudah mengeluarkan bahan tersebut dalam produk mereka seperti yang terkandung dalam iklan mereka sebelum ini di televisyen.



2. Isu Sosej Babi – Pada mulanya PPIM mendakwa sarung sosej yang digunakan ada mempunyai unsur babi (rujuk berita ini pada 15 mac 2005). Asas dakwaan mereka mudah, sarung itu tak ada sijil halal, jadi mesti diperbuat dari babi. He he he.

Penulis :Isu ini agak panas dahulu bukan sahaja oleh PPIM tapi oleh persatuan pengguna yang lain terutamanya dari Persatuan pengguna pulau pinang..isu yang dibawa adalah adakah sarung sosej yang digunakan datang dari mana? penulis selidiki daripada beberapa web yang mengatakan sarung sosej diperbuat daripada binatang atau tumbuhan..isu yang timbul sarung sosej itu diperbuat daripada sumber dimana? kalau binatang daripada binatang mana.tidak kira la daripada mana sebagai umat islam kita seharusnya berhati-hati dengan pemakanan kita..



Selepas 2 minggu, Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunakan mengeluarkan kenyataan bahawa sarung sosej ini BEBAS dari unsur babi. (Rujuk sini)

Penulis : Maaf la...Penulis kurang percaya dengan kenyataan KDN kerana terdapat beribu-ribu produk di pasaran kerana satu produk boleh dikatakan semuanya halal..



Apa jadi pada perniagaan yang difitnah sebegini ? Mereka akan jatuh merudum. Masyarakat umum tidak perlukan bukti dan fakta untuk mempercayai sesuatu. Cukup sekadar sebaran sms atau email seperti yang “didengar daripada PPIM”.



Jadi apa yang penting dalam perniagaan adalah sama seperti politik, yang penting hanyalah PERSEPSI.



Kita tunggu apa episod seterusnya…



Sekian, terima kasih



Shahabudeen Jalil

Nasihat kepada penulis di atas kita sebagai umat islam seharusnya peka dengan isu sensitiviti umat islam.Jangan la kita suka-suka nak ban mana-mana institusi islam yang bertanggungjawab menjalankan amanah tugas mereka..penulis dah lali dengan masyarakat yang suka backing negative jabatan agama dari backing positive seperti juga isu serbuan JAIM di damansara tidak lama dahulu.produk halal tanggungjawab umat islam semua..sekian..