Monday, August 23, 2010

Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung gemini flour mill...


Jalan Ipoh

Kuala Lumpur
28 Jan 2010
12 tgh

Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , Jakim ditolak.



Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya





Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.




Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.

(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf. Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. Saya akan mendedahkan konflik sebenar yang mengelirukan umat Islam selama ini mengenai status sijil-sijil yang bermacam-macam ini.)

Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan


Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.



Antara alasannya ialah – dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.



Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya.





Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.


Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan

(Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini – apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha
Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.

Senarainya amat panjang,




Serbuk Kunyit

Serbuk Kari Ayam
Serbuk Kari Ikan
Serbuk Rempah Biryani
Serbuk Cili
Serbuk Lada Putih
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Kurma
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Ketumbar
Tepung Beras
Tepung Atta
Tepung Kacang Kuda
Tepung Ragi
Tepung Suji
Tepung Kacang Hijau Goreng
Tepung Jagung
Tepung Kentucky
Tepung Kastard
Tepung Marukku
Tepung Kuih Bunga Ros
Tepung Addresam
Tepung Ommapodi
Tepung Raya Thosai






Najis Anjing??????





Penulis: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.Ini baru satu kes...lain-lain kes????Jadilah pengguna islam yang selidik dulu baru guna.wallahualam..


























No comments: