Saturday, September 4, 2010

UMAT ISLAM DALAM BAHAYA

MUAR: "Penghinaan bagi umat Islam," tegas penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz mengulas kisah seorang ibu tunggal yang menerima bantuan pihak gereja bagi membiayai yuran pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan di ibu negara, baru-baru ini.



Hassan berkata, isu itu juga tamparan hebat kepada institusi agama termasuk Baitulmal dan pusat zakat negeri kerana terlepas pandang nasib ibu malang terbabit.

"Hadis Rasulullah ada mengatakan sebagai umat Islam kita wajib menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim termasuk menjaga kebajikan mereka dari segi pakaian, tempat tinggal serta keselamatan.


"Kalau kita tidak membantu, mereka yang teraniaya sebegini kebiasaannya boleh jadi kufur atau keluar Islam pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi, semalam.


Hassan juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi ibu tunggal di luar sana yang menerima nasib seperti wanita yang dikenali sebagai Hanum itu.


Harian Metro semalam melaporkan, seorang ibu tunggal menerima sumbangan sebuah gereja sebanyak RM2,000 bagi menaja pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur.


Sumbangan itu diterima Hanum selepas permohonannya di kebanyakan pertubuhan Islam dan wakil rakyat setempat sering mengecewakan, malah pernah dihalau ketika berulang kali cuba memohon bantuan.


Walaupun menerima cek daripada gereja, ibu malang terbabit tidak menggunakan cek itu sebaliknya menyerahkannya kepada seorang individu bergelar ustaz yang ditemui di sebuah masjid di Batu Pahat.


Menurut Hassan, ibu tunggal terbabit boleh menggunakan sumbangan gereja berkenaan kerana ia lebih kepada bantuan dari segi tanggungjawab sosial pertubuhan agama kepada masyarakat setempat.

Penulis:Pemimpin-pemimpin islam lebih suka berpolitik mengaibkan sesama sendiri dari membantu golongan macam ni..berkopiah dan bersongkok kononnya islam..tak semestinya berkopiah itu betul-betul islam seseorang yang penting hati dan iman kepada Allah S.W.T

No comments: