Wednesday, November 10, 2010

RANTAI YANG MEROSAKKAN AKIDAH MUSLIM


Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal.Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.
Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.


Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diminta pendapatnya ketika ditemui Harian Metro semalam terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.


“Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul - betul, ia menyerupai lambang agama lain,” katanya.


Katanya, rantai berkenaan secara terang - terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya.


“Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka - suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam."


Bukan sekadar itu sahaja...... .......


Terdapat banyak rantai,gelang dan cincin yang diukir dgn nama Allah di dalam pasaran



PENULIS: ISLAM DALAM BAHAYA!!!!