Friday, December 24, 2010

Ramai Umat Islam Makan Bangkai Termasuk Sate Bangkai


Samada secara sedar, buat-buat tak sedar atau memang dah sedar, tapi buat bodoh - ramai umat Islam di negara ini memakan bangkai.
BANGKAI ?

Ye, bangkai binatang terutama bangkai ayam.

Perhatikan logo halal di atas.

Ia bukan logo halal yang dikeluar atau diiktiraf Jakim/Jain



Ia logo halal swasta, yang sebenarnya bermotifkan keuntungan sekaligus menjadikan umat Islam di negara ini terkeliru, malah ada yang sebenarnya ditipu terang-terangan.



Ikuti laporan khas ini yang mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya.


Semuanya bermula tiga malam lalu (awal pagi).


Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Hub Halal Jakim, JAWI dan KPDN-KK - melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong Industrial Park KIP.


Semuanya OK, dan tiada kesalahan dari segi syarak dilakukan pada sembelihan ayam.



Dalam perjalanan pulang, pasukan yang sama melakukan rondaan sekitar Jinjang, K Lumpur


Mereka terserempak dengan sebuah pusat sembelihan ayam sedang beroperasi.



Apa jua cara sembelihan yang dilakukan mereka, tidak menjadi kesalahan kerana pusat itu bukan pusat sembelihan yang memiliki sijil Jakim - secara senangnya, ia sembelihan untuk pengguna bukan Islam.


Namun, pemeriksaan tetap dilakukan.




Segala invois diperiksa - dan mereka menemui sesuatu yang mengejutkan...



Ayam-ayam yang dipotong di situ turut dibekalkan kepada sebuah restoran di Kepong

Lebih mengejutkan, terdapat dua nama , Ani dan Din pada invois - yang dipercayai Melayu berugama Islam , mendapat bekalan dari pusat sembelihan ini.



"Ini ayam, mereka selalu order , ada yang order mau bikin sate..."


Malangnya, tiada alamat ditemui.




Adakah Pak Din Sate atau Restoran Kak Ani yang membelinya,hanya mereka yang tahu.


Mungkin anda sendiri pernah memakan sate atau rendang ayam atau goreng ayam bercili dimasak oleh Ani dan Din ini.

Jam 11 pagi tadi, restoran yang dimaksudkan dalam catatan pada invois, diperiksa.



Operasi di ketuai Penolong Pengarah Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah




Malangnya, tiada sebarang bukti pembelian dari pusat sembelihan ditemui di restoran ini, sebaliknya invois dari pusat sembelihan yang diiktiraf.



Dipercayai, pihak terbabit berkemungkinan telah menyembunyikan bukti atau menghilangkan bukti berkaitan pembelian dari pusat sembelihan tidak halal itu.


Dan, serentak itu juga, sepasukan pegawai turut pergi semula ke pusat sembelihan bagi memeriksa rekod mereka.
 

 
Mengejutkan - apabila salinan asal invois juga telah ghaib dari simpanan mereka...!!!



Untuk rekod - restoran ini turut mempunyai logo halal - tetapi bukan yang diiktiraf oleh kerajaan...


Ramai pelanggan berugama Islam makan di sini, dan mungkin juga anda.


Pemeriksaan akan turut dilakukan di banyak lagi cawangan restoran ini.

Penulis : kesimpulannya berhati-hatilah makan di sesuatu restoren.ambik masa kaji selidik latar belakang restoren tersebut.nak kata kita bodoh dah ramai yang pandai2 sekarang belajar sampai luar negara..ingatlah apa yang kita makan dan anak kita makan akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tabiat kita.wallahualam..

No comments: