1. Berani
Berani melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, yang mana agama tegah yang itulah mereka buat.
2. Pemalas
Berhibur sanggup berjam-jam tetapi solat paling kurang tak sampai 5 minit malas mau tunaikan.
3. Tak malu
Bekerja siang malam cari rezeki dah dapat tak nak bersyukur pula, paling teruknya hidup tak nak solat, tak nak baca Quran dah mati orang lain pulak kena buat kat dia. Fardhu Kifayah.....
4. Bodoh
Sudah tahu diri itu jahil bab agama tapi tak nak belajar dan memperbaiki amalan, sudah tu ada anak pun dibiar jahil macam dirinya.
5. Lebihkan adat dari Ibadat
Kenduri kendara, majlis, persatuan jauh mana pun kalau dapat tetap bertandang, memenuhi kehendak tuan rumah, adat kena jaga tapi bila berkumandang azan kat masjid boleh buat dek..... ja patah lagi hari jumaat seminggu sekali ja.
6. Tak kenang budi
Umat terdahulu bermati-matian berjuang untuk menjaga agama Islam yang suci. Tapi umat sekarang Masyaallah.. ... sendiri faham je lah..
7. Terlupa, tak tahu atau tak percaya
Kematian akan datang menjemput kita tak kira waktu atau di mana, tapi kita lihat umat Islam masih lagi lalai menjalankan tanggungjawab terhadap Yang Esa. Bersediakah kita dengan bekalan yang akan kita bawa bila kita mengadapNya. ...
No comments:
Post a Comment