Al-Aqsa Foundation menyeru agar umat Islam bersatu untuk menghentikan penggalian di bawah komplek Masjid Al-Aqsa yang dilakukan oleh Yahudi Israel, sambil mengatakan bahawa mereka telah menerima foto-foto terbaru yang menunjukkan pendudukan zionis Israel telah mempercepatkan dan semakin mengembangkan penggalian mereka dalam situasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Dalam laporan yang diterbitkan pada hari Khamis lalu (21/10), Al-Aqsa Foundation menegaskan bahawa penggalian di bawah kompleks Al-Aqsa merupakan ancaman serius bagi Masjid Al-Aqsa.
Al-Aqsa Foundation telah menerima dan memeriksa foto-foto yang menunjukkan semakin luas dan besarnya penggalian yang dilakukan oleh zionis Israel di bawah kompleks masjid Al-Aqsa dan sekitarnya yang berdekatan sepanjang ratusan meter.
Ditambah bahawa foto-foto yang terbaru yang diterima, menunjukkan bahawa ada rangkaian terowong dan penggalian yang dilakukan oleh pendudukan Israel di bawah laut berdekatan dengan masjid Al-Aqsa, dan kemungkin ada dirancang untuk menyambung terowong ini.
Al-Aqsa Foundation menjelaskan juga bahawa rancangan penggalian tersebut merangkumi pembangunan pembinaan baru yang akan digunakan sebagai pusat kegiatan dalam ritual Talmud serta pusat tentera.
Yayasan tersebut menyatakan juga bahawa dari maklumat yang mereka dapat dari saksi-saksi penduduk tempatan, pendudukan Israel bekerja siang dan malam dengan beratus-ratus orang penggali dan pekerja, yang kebanyakan merupakan pekerja asing dari Asia timur yang sama sekali tidak memahami Bahasa Ibrani. (Fq / islamtoday)
Penulis : Kat Malaysia orang islam bergaduh sesama sendiri sebab politik...
No comments:
Post a Comment