Tuesday, August 2, 2011

KENALI ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA

Majalah Malaysian Business keluaran 16 Februari 2011 telah menyenaraikan 40 individu yang terkaya di Malaysia setakat 21 Januari 2011 lalu. Kekayaan 40 individu terkaya negara ini dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai. Kajian Malaysian Business juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion pada 21 Januari itu, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas.



Dalam senarai tersebut, dinyatakan seramai 40 orang terkaya di Malaysia dan dari senarai tersebut bangsa Cina mendominasi senarai orang2 terkaya di Malaysia dengan jumlah seramai 31 orang, manakala bangsa India pula seramai 2 orang dan dari jumlah2 itu bangsa Melayu selaku majoriti di Malaysia ini mencatat jumlah jutawan seramai 7 orang sahaja.
Itu yang aku pelik dan hairan bagaimana ada suara2 sumbang yang menyatakan bahawa Malaysia ini menindas golongan minoriti, sedangkan kekayaan dalam negara ini dibolot oleh majoritinya bangsa2 lain. Dan yang lebih janggal dan terkejut ada suara2 bangsa kita sendiri yang nak menghapuskan hak2 dan keistimewaan bangsa kita di bumi ini..Kita belum mampu untuk mencapai target dan sasaran yang telah disasar lebih 30 tahun dahulu..usaha perlu dipertingkatkan, dengki dan khianat perlu dihapuskan..
 
7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary
 

11. Tan Sri Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp


19. Datuk Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum


28. Datuk Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia



30. Datuk Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group


31. Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group



37. Raja Datuk Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda
 
Penulis: Bagi penulis semua individu di atas berjaya atas usaha mereka sendiri.siapa usaha lebih dapat lebih.janganlah kita berhasad dengki sesama melayu yang sememangnya dah menjadi budaya orang melayu sendiri.jangan tabur pasir atas periuk nasi orang lain!!!

No comments: