Monday, September 12, 2011

PENJELASAN PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN

PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR  PUJUKAN GEREJA'



Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN

GEREJA di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad.



Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu

ialah sebagai  Pn Nurâ, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih

disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut

menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan

bermula pada Januari 2011 sehingga kini.



Mengikut rekod, beliau telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak

22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai bentuk

bantuan yang diterima seperti bantuan persekolahan anak, bil-bil utiliti dan

bantuan makanan.



˜Pn Nurâ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut

tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan

tetap di sektor kerajaan.



Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar

berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan

mengelirukan.



Sumber :

http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-lapo\

ran-akhbar-pujukan-gereja

No comments: