Thursday, September 20, 2012

peluk islam kerana keajaiban ALLAH S.W.T

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang 
Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan de ngan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 
"Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a. 
Apabila ditanya 
bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang 
tidak dimasuki oleh darah.  Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf
 di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut
 memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak
 menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk
 menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini." PETUA IMAM SYAFIE 
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan 

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
 
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubu h) 
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
 
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
 
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
 
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
 
4 CARA TIDUR 
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil ber fikir tentang kejadian langit dan
bumi.
 
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
 
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
 
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara 
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.


DIPETIK DARIPADA E-MAIL wan_pzm@yahoo.com.terima kasih atas e-mail anda

Tuesday, September 18, 2012

KISAH BAITULMUQADDIS DAN HAIKAL SULAIMAN

Misteri Kisah Baitulmaqdis dan Haikal Sulaiman

Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah.

Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.

Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang.

Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.
Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai ‘Mount Temple’ disebabkan sejarahnya yang pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.

Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya ‘Mount Temple’ sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti ‘City of the Temple’ yang mengambilkira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.
Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman.

Manakala kawasan kota yang wujud di sekeliling ‘Mount Temple’ ini dipanggil Iliya, berasal daripada nama ‘Aelia Capitolina’ yang diberikan semasa penjajahan orang Roman.

Kawasan ‘Mount Temple’ pada asalnya agak tinggi dengan keadaan yang tidak rata tetapi pada tahun 19 sebelum Masihi, pemerintah ketika itu iaitu Herod the Great telah membina tembok tinggi mengelilingi kawasan ini lalu meratakan permukaannya di dalam kawasan tembok sepertimana keadaan sekarang.

Selepas pengislaman Kota Baitulmaqdis yang bermula ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, nama ‘Mount Temple’ telah ditukarkan kepada Haram al-Sharif yang menggambarkan kedudukan kawasan suci ini yang mendapat tempat yang mulia di dalam Islam sementara kota disekitarnya inilah dinamakan Baitulmaqdis.

Pada Zaman Khalifah Sulaiman iaitu salah seorang khalifah di dalam era Turki Uthmaniyyah, beliau telah membina semula dinding seakan-akan sebuah tembok di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.

Masjid al-Aqsa di dalam bahasa Arab bermaksud ‘masjid yang jauh’, merujuk pada jaraknya yang berjauhan daripada bumi Mekah yang menempatkan Masjid al-Haram. Di sini juga menjadi tapak kepada salah satu peristiwa terpenting di dalam Islam iaitu Isra’ dan Mikraj yang mana ketika itu, Nabi Muhammad S.A.Wtelah dinaikkan ke langit untuk menghadap Allah S.W.T.


Baitulmaqdis juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah, iaitu kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.


Selain itu, Masjid Kubah Batu turut dibina berdekatan dengan Masjid al-Aqsa dan telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik semasa era Bani Umayyah.

Diriwayatkan senibina masjid ini yang begitu indah dengan kubah berwarna keemasannya yang menonjol adalah untuk menyaingi kehebatan senibina gereja-gereja di sekitar Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan ramai pelawat. Kini Masjid Kubah Batu menjadi antara monumen tertua orang Islam yang sangat dikenali.



Masjid ini mendapat namanya berikutan dipercayai didirikan di atas tapak batu terapung yang terjadi ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Ironinya batu ini juga dianggap suci oleh penganut Yahudi disebabkan kepercayaan bahawa ia merupakan pusat bagi ‘Mount Temple’ dan dianggap sebagai asas untuk pembinaan kuil mereka satu masa nanti.


Tetapi menurut catatan sejarah ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a yang bertanggungjawab menjadikan Baitulmaqdis sebagai salah sebuah wilayah Islam, setibanya di kota ini beliau lalu bertanyakan mengenai batu yang menjadi tempatnya Baginda Rasul dinaikkan ke langit, lalu ditunjukkan oleh penduduk kota pada sebuah batu terbiar di atas tanah tinggi yang dikepungi oleh tembok.

Lebih malang apabila kaum Yahudi mengotorkan kawasan itu dengan najis dan sampah sarap sebagai tanda penghinaan kepada lokasi peristiwa Isra’ Mikraj itu. Khalifah Umar membersihkan kawasan itu bersama-sama dengan orang Mukmin yang lain dan membina Masjid al-Aqsa buat kali pertamanya di bumi Baitulmaqdis itu

Masyarakat Yahudi menganggap Haikal ketiga dan sepatutnya menjadi yang terakhir seharusnya dibangunkan di atas lokasi yang sama iaitu Haram al-Sharif bahkan perkara yang sama turut dicatatkan di dalam kitab Injil.


Perebutan tapak suci inilah yang menjadi teras konflik antara Islam dan Yahudi selanjutnya menjadikan kawasan suci ini sebagai tempat krisis yang masih belum selesai sehingga sekarang.

Salah satu tembok yang mengelilingi Haram al-Sharif ini, iaitu tembok di bahagian barat ataupun ‘Western Wall’ ini menjadi tempat suci bagi penganut Yahudi.

Tembok yang dibina lebih daripada 2,000 tahun yang lampau ini merupakan satu-satunya bahagian Haikal kedua mereka yang masih wujud. Mereka menganggap Tuhan mereka berada di sebalik tembok itu dan pandangan mereka terhalang disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Oleh kerana itu lokasi ini menjadi tempat mereka beribadat dan meratap di atas dosa-dosa yang mereka lakukan dan amalan ini masalah berlangsung sehingga sekarang ini, susulan dengan itu kadang-kadang tembok ini juga dirujuk sebagai ‘Wailing Wall’ ataupun tembok ratapan.

Mengikut agama Kristian pula, Baitulmaqdis juga mendapat kedudukan yang mulia dan dianggap sebagai tanah suci mereka. Nabi Isa A.S yang dilahirkan di Baitullaham iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan Baitulmaqdis terus dibawa ke Baitulmaqdis sebaik sahaja dilahirkan.


Semasa remajanya, penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa A.S pernah berkhidmat untuk mencuci Haikal kedua yang pada ketika itu masih tertegak utuh di Baitulmaqdis. Selain itu juga, peristiwa penyaliban dipercayai berlaku di dalam kawasan Baitulmaqdis tetapi lokasi yang tepat masih lagi menjadi pertikaian sarjana-sarjana Kristian.


Pendapat yang paling diterima ramai adalah peristiwa itu berlaku pada tapak di mana tertegaknya sebuah gereja yang dianggap paling suci oleh penganut Kristian iaitu Gereja ‘Holy Sepulchre’, salah sebuah gereja di dalam kawasan kota lama. Di sini juga dianggap sebagai lokasi orang yang mereka percayai sebagai Nabi Isa A.S dimakamkan. Kota Baitulmaqdis sehingga kini masih menerima pengunjung Kristian yang ramai dari seluruh dunia terutamanya menjelang musim Easter.

Perang Salib yang berlaku pada 1099 Masihi juga menunjukkan keazaman penganut Kristian untuk menawan tanah suci ini daripada penguasaan orang Islam dan mereka telah berjaya menduduki kota ini selama kira-kira 200 tahun sehinggahlah kota ini dibebaskan oleh panglima Islam yang unggul iaituSalahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187 Masihi.


Diriwayatkan bahawa ketika tentera salib dihalau sepenuhnya dari kota, Salahuddin al-Ayubbi sendiri yang membersihkan Masjid al-Aqsa yang dijadikan kandang kuda oleh tentera salib, manakala Masjid Kubah Batu yang dijadikan sebagai gereja dikembalikan fungsinya sebagai sebuah masjid.

Penguasaan orang Islam berterusan sehinggalah ke akhir zaman Khalifah Uthmaniyyah yang menyaksikan Baitulmaqdis dikuasai oleh British sehinggalah mandat penguasaan itu tamat. Kewujudan negara Israelpada tahun 1948 menyaksikan peperangan antara Arab dan Yahudi berlaku untuk menguasai wilayah Palestin yang ketika itu dibahagikan secara berat sebelah oleh badan dunia PBB.
Penduduk Arab yang mewakili dua pertiga diperuntukkan hanya sepertiga kawasan sementara sepertiga Yahudi mendapat selebihnya tanah Palestin. Ketika itu PBB mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai wilayah antarabangsa tetapi pertempuran tentera Israel dan Arab menyebabkan bahagian barat kota jatuh ke tangan Yahudi dan diisytiharkan sebagai ibu kota negara Israel tetapi tidak diiktiraf oleh dunia.

Bahagian timur Baitulmaqdis dikuasai oleh negara Jordan, termasuklah kawasan kota lama Baitulmaqdis ini. Sehingga waktu ini, Haram al-Sharif merangkumi keluasan hampir seperlima daripada keluasan kota lama Baitulmaqdis masih dikuasai oleh orang Islam.



Kota lama Baitulmaqdis terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah bahagian orang Islam iaitu bahagian yang terbesar antara kesemua bahagian, Kompleks Haram al-Sharif adalah sebahagian daripada kawasan orang Islam.

Bahagian kedua adalah bahagian Yahudi dan selebihnya merupakan bahagian Kristian dan bahagian Kristian Armenia, iaitu bahagian yang paling kecil antara semua. Walaupun Orang Armenia juga merupakan penganut Kristian, tetapi mereka mendapat kawasan mereka sendiri di dalam kota dan bilangan mereka juga hanya kecil jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Ketika Jordan menguasai kota lama, penganut Yahudi tidak dibenarkan beribadat di sekitar ‘Western Wall’ ataupun tembok ratapan itu dan kebanyakan tempat ibadat Yahudi ditutup dan sebahagian bahagian orang Yahudi di kota lama turut menempatkan penduduk Arab yang menjadi pelarian akibat wilayah mereka dirampas oleh Israel.


Tetapi perang pada tahun 1967 merubah lanskap kota ini sampai sekarang. Penglibatan Jordan di dalam perang negara-negara Arab dengan Israel menyebabkan bahagian timur kota ini jatuh ke tangan Yahudi, lebih teruk apabila wilayah Palestin yang selebihnya turut jatuh bersama sehinggalah ke Tebing Barat Sungai Jordan. Mesir pula kehilangan Semenanjung Sinai dan Genting Gaza sementara Syria terlepas Tanah Tinggi Golan




Bermulanya kejatuhan Baitulmaqdis ini menyaksikan banyak pencabulan dilakukan oleh bangsa Yahudi ke atas Baitulmaqdis.


Antaranya menjadikan kawasan ‘Western Wall’ sebagai tapak ibadat mereka selain pembinaan penempatan haram Yahudi yang mengelilingi kejiranan Arab di dalam usaha memastikan kota ini didominasi secara penuh oleh Yahudi. Penempatan masyarakat Yahudi turut dibina di dalam bahagian orang Islam.

Rumah-rumah penduduk Palestin dirampas dan digantikan dengan perumahan Yahudi. Lebih teruk lagi apabila kerajaan Israel meluluskan akta yang menggabungkan timur dan barat Baitulmaqdis sebagai satu kota dan menjadi ibu kota Israel yang rasmi menggantikan Tel Aviv yang sebelum ini menempatkan kedutaan-kedutaan asing.

Pejabat Presiden dan Perdana Menteri, kediaman Presiden dan Perdana Menteri, bangunan Parlimen, Mahkamah Agung dan kementerian-kementerian Israel semuanya dipindahkan ke Baitulmaqdis secara beransur-ansur.


Masjid al-Aqsa juga beberapa kali telah dicabuli termasuklah dibakar oleh fanatik Yahudi sehingga membawa kemusnahan mimbarnya. Paling diingati adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 2000, lawatan penuh provokasi Perdana Menteri Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon ke kompleks Haram al-Sharif. Untuk rekod, Ariel Sharon terlantar koma akibat serangan strok semasa masih bertugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006 dan masih tidak sedarkan diri.

Perlu diingatkan bahawa walaupun Israel menguasai kota ini secara total namun pengawalan kompleks Haram al-Sharif diberikan kepada badan Islam sebagai kawasan wakaf dan juga Raja Jordan dianggap sebagai penjaga Masjid al-Aqsa.


Bendera negara Israel juga tidak dibenarkan dikibarkan di sekitar Haram al-Sharif. Penganut agama lain juga dilarang memasuki kompleks suci ini dan askar-askar serta polis Israel berkawal di pintu masuk dan pengunjung mesti membuktikan mereka ini adalah Islam sebelum memasuki kompleks untuk beribadat.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan terjadinya pertikaian seterusnya membawa kepada pertumpahan darah memandangkan lokasi ini amat sensitif bagi semua penganut agama samawi.

Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri yang suka melakukan provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan lagi sesuatu agenda yang rahsia.


Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.

Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu.


Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bila Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?





















Thursday, September 13, 2012

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI


Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi S.A.W | Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali R.A iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1. jari tengah
2. jari telunjuk
Nabi Muhammad S.A.W melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.WALLAHUALAM..

Tuesday, September 11, 2012

PERUBAHAN MAYAT DALAM KUBUR

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.



Malam Pertama

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.


Malam Kedua

Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga


Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.


Setelah Seminggu

Wajah dan mata mula membengkak.


Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.


Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.


Setelah 6 Bulan

Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.


Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.


Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.

Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.

Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.


Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-

MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.

Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

PENULIS : JADIKAN TELADAN...






STATUS TERKINI:BURGER RAMLY MASIH HALAL!!!

http://www.ramly.com.my/ISU%20DNA/ISU%20DNA.pdf

Wednesday, September 5, 2012

SEKADAR INGATAN-JASA IBU PADA KITA

Untuk renungan dan pengajaran buat kita semua...



Semasa kita berumur 1 tahun,

Ibu menyuap kita makan & memandikan kita

Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam


Semasa kita berumur 3 tahun,

Ibu menyiapkan makanan istimewa dan

berzat untuk kita

Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai


Semasa kita berumur 4 tahun,

Ibu membelikan kita crayon

Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah


Semasa kita berumur 5 tahun,

Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya

Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak


Apabila kita berumur 7 tahun,

Ibu menghantar kita ke sekolah

Kita membalas budinya dengan menjerit, " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"


Semasa kita berumur 10 tahun,

Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,

membawa kita shopping,

menghantar kita ke rumah kawan dll

Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,

setiap kali Ibu menghantar kita


Apabila kita berumur 11 tahun,

Ibu membelikan kita sebiji bola sepak

Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin

tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun,


Ibu menasihatkan kita supaya tidak

terlalu banyak menonton TV

Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV,

sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah


Apabila kita berumur 13 tahun,

Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan

Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"


Apabila kita berumur 16 tahun,

Ibu inginkan dakapan setelah penat

dan baru balik bekerja sehari suntuk

Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di

dalam bilik


Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan,

Ibu menangis gembira

Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut

malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan


Apabila kita berumur 19 tahun

Ibu membelanjakan wang yang banyak

untuk menhantar kita ke universiti,

mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita

Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm

takut malu dilihat kawan-kawan


Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-

kita ada boyfriend/girlfriend ke?

Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita


Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam

ibu!!"


Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan

tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan

kerja baru

Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu

tidak cantik kerana Ibu yang belikan


Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis

gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita

Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu


Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat

tentang penjagaan bayi- anak kita


Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain

Ibu..!!!!"


Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis

kenduri di kampung

Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"


Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan

dan kasih saying

Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan

membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan

terpaksa balik segera

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah


kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.


Penulis : Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan

jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu








Tuesday, September 4, 2012

9 mimpi nabi allah..


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:



“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU


YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT

Sunday, September 2, 2012

PANDUAN MAKAN CARA SUNNAH RASULLULAH S.A.W

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku

Apa keuntungan itu?


1. Pahala yang berlipat ganda

2. Keberkatan     1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri   Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.    Makan dengan menggunakan 3 jari.Memang susah nak praktikkan benda ini tetapi kita ikut sunnah rasullulah menjamah roti dan kurma sebagai contoh mudah..   4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5.    Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur   6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.   8.    Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita   9.    Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.   Bagi penulis ini adalah sunnah yang senang diikuti sebab kalau kita nak buat sunnah lain seperti ketika solat dan puasa memang payah nampaknya..makan je la yang paling senang..sambil makan dapat pahala.insyallah..

Wednesday, August 29, 2012

STATUS BURGER RAMLY

Ada maklumat dari e-mail yang diterima daripada seseorang yang mendakwa telah bertemu sendiri dengan Dato' Haji Ramly Bin Mokni, tuan punya perniagaan daging burger terkenal Ramly Burger sebagaimana yang umum mengetahuinya selama ini dan


tiada sesiapa dari kalangan majoriti

umat Islam yang berasa was-was untuk membeli dan makan semua

makanan keluaran syarikat tersebut.

Daripada pertemuan hamba Allah itu beliau mendapat pengakuan daripada Datuk Ramly sendiri bahawa dia telahpun melepaskan status tuan punya syarikat kepada seorang Taukeh berbangsa Cina yang kini memiliki syarikat yang menjadi kebanggan umat Islam selama ini.

Dato' Haji Ramly dikhabarkan terpaksa menjual syarikat tersebut ketika dia mengalami masalah kesempitan wang satu ketika dahulu dan menurut khabarnya dia juga telah dianiayai oleh seorang rakan baiknya yang menguruskan penjualan syarikatnya itu.

Jikalau betullah semua khabaran di atas, bermakna walaupun Datuk Ramly merupakan seorang yang berstatus "Ayahanda Negeri Selangor", nampaknya status itu lansung tidak dapat membantunya mempertahankan perniagaannya, khasnya dalam mempertahankan status syarikat seorang muslim bumiputera.

Banyak syarikat yang asalnya kepunyaan orang Melayu atau Islam akhirnya telah dibeli oleh usahawan bukan Islam dan dengan pembelian tersebut semua nama yang membawa identiti Islam telah diambil sekali termasuklah segala status halal dan popularitinya.
Berkemungkinan tuan punya syarikat yang baru itu yang bukan muslim memang tidak ada niat mahu merosakkan perniagaannya dengan sengaja memasukkan unsur-unsur tidak halal ke dalam makanan keluarannya seperti lemak babi dan seumpamanya, namun dengan pertukaran hakmilik kepada seorang yang bukan muslim bermakna keutamaan 'Halal' mungkin bukan lagi terletak di tahap yang tinggi berbanding jika dimiliki oleh seorang muslim (yang bertakwa).

Samada perkara tersebut di atas benar-benar berlaku atau tidak, apa yang perlu kita lakukan sebagai orang Islam adalah berusaha mengumpulkan satu badan atau perkumpulan yang menyediakan dana serta kepakaran bagi mengambil alih atau membantu syarikat-syarikat Melayu atau islam yang berdaya maju yang sedang mengalami masalah kewangan atau pengurusan.

Usaha ini juga merupakan satu dakwah dalam jurusan ekonomibagi memertabatkan status ekonomi yang dipegang oleh umat Islam di negara kita dan mengelakkan umat Islam khasnya para usahawan islam daripada terjerumus ke dalam kepapaan yang amat merbahaya.

Antara kumpulan yang telah ada yang sepatutnya melihat semua usaha ini adalah PERKASA, PEKIDA, HIMPUN, serta lain-lain NGO muslim yang amat aktif sejak kebelakangan ini memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam di negara kita.

Adalah lebih utama mereka bertungkus lumus mengumpulkan dana serta kepakaran dalam semua bidang dan menekankan bidang ekonomi memandangkan kita amat ketinggalan dalam bab itu di seluruh unia. ia sudah tentu lebih baik daripada mereka memekik terlolong menyalahkan orang lain apabila umat islam tersepit.

Penulis : minta siasat sebelum percaya..jadilah seorang yang menyelidik sebelum percaya bulat-bulat

Tuesday, August 28, 2012

SUBHANALLAH - KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM



Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.



Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.


Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?


Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.


Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.


Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.



Keanehan Air Zam-Zam



Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.


Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.


Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.


Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.


Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.


Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).


Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.


Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.


Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.


Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.


Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.



Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.


Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:


“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.


Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.


Mengandungi Zat Anti Kuman



Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.


Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.


Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.


Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.


Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.

(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).


Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.


Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.


Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.












Monday, August 27, 2012

BOLEHKAH ORANG MISKIN BERZAKAT?

Sememangnya pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, ramai para sahabat besar yang miskin. Misalnya Abu Hurairah, Salman al-Farisi, Ammar bin Yassir, Bilal bin Rabah dan dalam kalangan sahabat wanita, Ummu Sulaim adalah contoh ibu tunggal yang miskin.



Pernah berlaku, golongan ini merasa sedih kerana kemiskinan harta telah menghalangi mereka daripada bersedekah. Lalu mereka telah menemui Rasulullah SAW dan bertanya perihal amalan yang dapat dilakukan oleh orang-orang miskin seperti mereka.


Daripada Abu Dzar r.a. katanya: "Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah bertanya kepada baginda: "Kaum hartawan memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, berpuasa seperti mana kami berpuasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka."


Jawab Rasulullah SAW: Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah, (riwayat Bukhari)


Oleh itu, dalam hal ini memberikan sedekah tidak semestinya dengan harta. Sedekah boleh dilakukan dengan tenaga, kata-kata hatta dengan senyuman.


Ia berbeza dengan zakat, kerana zakat adalah ibadah fardu yang wajib memenuhi segala syaratnya. Hanya mereka yang memenuhi syarat wajib zakat sahaja, wajib mengeluarkan zakat hartanya.


Di dalam kitab Fiqh al-Manhaji as-Syafie dinyatakan: "Zakat bukanlah ibadat tubuh badan semata-mata, sehingga ia memerlukan syarat-syarat taklif, ataupun kewajipannya digugurkan disebabkan kurangnya kemampuan mukalaf," (hal. 417)


Maka, dalam hal ini orang yang tidak mempunyai harta yang mencapai paras minimum kekayaan dalam tempoh setahun (cukup nisab dan haul), maka tidaklah wajib berzakat.

Mereka sebaliknya perlu menggunakan harta yang dimiliki itu untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan semua tanggungan nafkah yang wajib. Misalnya membeli makanan dan belanja pendidikan.



Jika seorang suami misalnya, dia wajib memastikan harta yang dimiliki itu dimanfaatkan untuk nafkah anak dan isterinya. Termasuklah kedua ibu bapanya jika mereka juga miskin.


Orang yang menanggung nafkah wajib ini, jika dengan berzakat itu menyebabkan tanggungan nafkah wajibnya pula terabai dan menderita, seperti menderita kelaparan; maka dia dianggap berdosa.


Maka, keutamaan ketika itu adalah untuk tanggungan wajibnya, misalnya membeli makanan untuk mereka. Maka, pada waktu itu adalah haram hukumnya jika dia masih mahu mengeluarkan zakat.


Hal ini adalah selaras dengan apa yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang apakah yang perlu mereka infakkan (zakat), (maka) jawablah: apa-apa yang berlebih (daripada keperluan). (al-Baqarah: 219)


Sebab itulah, pada Hari Raya Aidilfitri misalnya, hanya orang-orang yang mempunyai makanan yang cukup untuk dirinya dari malam hari raya sehingga keesokan harinya sahaja yang wajib mengeluarkan zakat fitrah. Jika tiada makanan, bukan dia yang wajib berzakat; bahkan dia yang perlu menerima zakat. Inilah batas kefarduan yang ditetapkan oleh Islam.


Oleh itu, kesimpulannya bagi orang-orang miskin, utamakanlah sedekah sunat kerana sedekah tidak mempunyai syarat wajib ke atasnya. Bahkan sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Memberi seringgit dua ke dalam tabung masjid pada setiap minggu boleh dianggap sedekah, dan ia tidaklah membebankan.


Abu Mas'ud r.a pernah menyatakan: Kami diperintahkan (oleh) Rasulullah SAW supaya bersedekah, sedangkan kami hanya (bekerja) sebagai pekerja kasar atau kuli. Namun Abu 'Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak daripada itu, (riwayat Muslim)

Memberikan zakat hanyalah terbeban kepada orang-orang kaya. Oleh itu, orang-orang miskin yang mahukan pahala berzakat, hendaklah berusaha dengan lebih gigih agar mendapat harta dan kelak mampu pula mengeluarkan zakatnya.



Sabda Nabi SAW: Setiap Muslim wajib bersedekah (berzakat). Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi SAW menjawab: " (Hendaklah dia) bekerja dengan kebolehan tangannya untuk faedah bagi dirinya lalu bersedekah (berzakat). (riwayat Bukhari dan Muslim). Wallahua'lam.









Saturday, August 25, 2012

kisah-kisah aneh di palestin bab 2

Merpati dan Anjing



Seorang mujahid Palestin menuturkan kisah “aneh” lainnya kepada pencerita Filithin AlAan (25/1/ 2009). Saat bertugas di wilayah Jabal Ar Rais, sang mujahid melihat seekor merpati terbang dengan bunyi suaranya yang agak bising dan melintas sebelum tentera2 Israel tiba di wilayah itu.


Para mujahidin yang juga melihat merpati itu langsung menangkap adanya isyarat yang ingin disampaikan sang merpati.


Begitu merpali itu melintas, para mujahidin langsung berlindung di tempat persembunyian mereka. Ternyata dugaan mereka benar. Selang beberapa saat kemudian bom-bom Israel datang menghujan. Para mujahidin itu pun selamat.


Adalagi cerita “keajaiban” mengenai seekor anjing, sebagaimana diberitakan oleh Filithin Al Aan. Suatu hari, tatkala sekumpulan mujahidin Al Qassam melakukan ribath pada tengah malam, tiba-tiba muncul seekor anjing tentera Israel jenis doberman. Anjing itu kelihatannya memang dilatih khusus untuk membantu pasukan Israel menemukan tempat penyimpanan senjata dan persembunyian para mujahidin.


Anjing besar ini mendekat dengan menampakkan sikap tidak bersahabat. Salah seorang mujahidin kemudian mendekati anjing itu dan berkata kepadanya, “Kami adalah para mujahidin di jalan Allah dan kami diperintahkan untuk tetap berada di tempat ini. Kerana itu, jauhilah dari kami dan jangan menimbulkan masalah untuk kami.”


Setelah itu, si anjing duduk dengan dua tangannya dijulurkan ke depan dan diam. Akhirnya, seorang mujahidin yang lain mendekatinya dan memberinya beberapa kurma. Dengan tenang anjing itu memakan kurma itu lalu berlalu pergi.

Kabus pun Ikut Membantu



Ada pula kisah menarik yang disampaikan oleh tentera Al Qassam di perkampungan Nashirat diceritakan setelah selesai solat zuhur di masjid Al Qassam (17/1/2009).


Saat itu sekelompok mujahidin yang melakukan ribath di Tal Ajul terkepung oleh tank-tank Israel dan pasukan khusus mereka. Dari atas, pesawat mata-mata terus mengawasi.


Di saat keadaan para mujahidin terjepit, kabus tebal tiba-tiba turun di malam itu. Kabus itu lelah menutupi pandangan mata tentara Israel dan membantu pasukan mujahidin keluar dari kepungan.


Kisah serupa diceritakan oleh Abu Ubaidah. salah satu pemimpin tentera Al Qassam, sebagaimana ditulis situs almesryoon.com. la bercerita bagaimana kabus tebal tiba-tiba turun dan membantu para mujahidin untuk melakukan serangan.


Awalnya, pasukan mujahiddin tengah menunggu waktu yang tepat untuk mendekati tank-tank tentara Israel guna meledakkannya. “Tak lupa kami berdoa kepada Allah agar dimudahkan untuk melakukan serangan ini,” kata Abu Ubaidah.


Tiba-tiba turunlah kabus tebal di tempat tersebut. Pasukan mujahidin segera bergerak menyelinap di antara tank-tank, menanam ranjau-ranjau di dekatnya, dan segera meninggalkan lokasi tanpa diketahui pesawat mata-mata yang memenuhi langit Gaza atau oleh pasukan infantri Israel yang berada di sekitar kawasan tentera itu. Lima tentera Israel terkorban di situ juga dan puluhan lainnya luka-luka setelah ranjau-ranjau itu meledak.

Selamat dengan Al-Qur’an



Cerita ini bermula ketika salah seorang pejuang yang menderita luka memasuki rumah sakit As Syifa’. Seorang doktor yang memeriksanya hairan ketika mengetahui ada sebiji peluru bersarang di poket pejuang tersebut.


Yang membuat ia sangat hairan adalah timah panas itu gagal menembus jantung sang pejuang kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Qur’an yang selalu berada di poket sang pejuang.


Buku kumpulun doa itu berlubang, namun hanya sampul muka mushaf itu saja yang rusak, sedangkan peluru sendiri bentuknya sudah hampir hancur.


Kisah ini disaksikan sendiri oleh Dr Hisam Az Zaghah, dan diceritakannya saat Festival Ikatan Doktor Jordan sebagaimana ditulis pencerita parti Al Ikhwan Al Muslimun (23/1/2009).


Dr Hisam juga memperlihatkan bukti berupa sebiji peluru, mushaf Al Qur’an, serta buku kumpulan doa-doa berjudul Hishnul Muslim yang menahan peluru tersebut.


Abu Ahid, imam Masjid AnNur di Hay As Syeikh Ridzwan, juga punya kisah menarik. Sebelumnya, Israel telah menembakkan ke arah ke masjid itu hingga bangunan hampir hancur “Akan tetapi mushaf-mushaf Al Quran tetap berada di tampatnya dan tidak tersentuh apa-apa,” ucapnya seraya tak henti bertasbih.


“Kami temui beberapa mushaf yang terbuka tepat di ayat-ayat yang mengabarkan tentang kemenangan dan kesabaran, seperti firman Allah, ‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,”(Al-Baqarah [2]: 155-156),” jelas Abu Ahid sebagaimana dikutip Islam Online (15/1/2009).

Harum Jasad Para Syuhada



Abdullah As Shani adalah anggota kesatuan sniper (penembak jitu) al-Qassam yang menjadi sasaran pesawat F-16 Israel ketika sedang berada di pos keamanan di Nashirat, Gaza.


Jasad komandan lapangan al-Qassam dan pengawal khusus para tokoh Hamas ini “hilang” setelah terkena tembakan. Selama dua hari jasad tersebut dicari, ternyata sudah hancur tak tersisa kecuali serpihan kepala dan dagunya. Serpihan-serpihan tubuh itu kemudian dikumpulkan dan dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya untuk dimakamkan.


Sebelum dikebumikan, sebagaimana ditulis oleh syiria-aleppo. com (24/1/2009), serpihan jasad tersebut sempat disemayamkan di sebuah ruangan di rumah keluarganya. Beberapa lama kemudian, mendadak muncul bau harum misk dari ruangan penyimpanan serpihan tubuh tadi.


Keluarga Abdullah As Shani’ terkejut lalu memberitahukan kepada orang-orang yang mengenal sang pejuang yang memiliki kuniyah (julukan) Abu Hamzah ini.


Lalu, puluhan orang ramai-ramai mendatangi rumah tersebut untuk mencium bau harum yang berasal dari serpihan-serpihan tubuh yang diletakkan dalam sebuah kantung plastik.


Bahkan, menurut pihak keluarga, 20 hari setelah wafatnya pemuda yang tak suka menampakkan amalan-amalannya ini, bau harum itu kembali semerbak memenuhi rungan yang sama.


Cerita yang sama terjadi juga pada jenazah Musa Hasan Abu Nar, mujahid Al Qassam yang juga syahid kerana serangan udara Israel di Nashiriyah. Dr Abdurrahman Al Jamal, penulis yang bermukim di Gaza, ikut mencium bau harum dari sepotong kain yang terkena darah Musa Hasan Abu Nar. Walau kain itu telah dicuci berkali-kali, bau itu tetap semerbak.


Ketua Partai Amal Mesir, Majdi Ahmad Husain, menyaksikan sendiri harumnya jenazah para syuhada. Sebagaimana ditulis oleh Al Quds Al Arabi (19/1/2009), saat masih berada di Gaza, ia menyampaikan, “Saya telah mengunjungi sebahagian besar kota dan desa-desa. Saya ingin melihat bangunan-bangunan yang hancur kerana serangan Israel. Percayalah, bahwa saya mencium bau harumnya para syuhada.”


Dua Minggu Terkorban Darah Tetap Mengalir



Yasir Ali Ukasyah sengaja pergi ke Gaza dalam rangka bergabung dengan sayap pejuang Hamas, Brigade Izzuddin al-Qassam. Ia meninggalkan Mesir setelah gerbang Rafah, yang menghubungkan Mesir-Gaza, terbuka beberapa bulan lalu.


Sebelumnya, pemuda yang gemar menghafal al-Qur’an ini sempat mengikuti wisuda huffadz (para penghafal) al-Qur’an di Gaza dan bergabung dengan para mujahidin untuk memperoleh latihan ketenteraan. Sebelum masuk Gaza, di pertemuan akhir dengan salah satu sahabatnya di Rafah, ia meminta didoakan agar memperoleh kesyahidan.


Untung tak dapat ditolak malang tak dapat diraih, di bumi jihad Gaza, ia telah memperoleh apa yang ia cita-citakan. Yasir syahid dalam sebuah pertempuran dengan pasukan Israel di kampungan Jabaliya.


Jasadnya baru dapat dikuburkan setelah dua minggu syahidnya di medan pertempuran tersebut.


Walau sudah lama meninggal, para pejuang yang ikut serta melakukan pengkebumian menyaksikan bahawa darah segar pemuda berumur 21 tahun itu masih mengalir dan fizikalnya tidak rosak. keadaannya mirip seperti orang yang sedang tertidur.


Sebelum syahid, para pejuang pernah menawarkan kepadanya untuk menikah dengan salah satu gadis Palestin, namun ia menolak.“Saya meninggalkan keluarga dan tanah air dikeranakan hal yang lebih besar dari itu,” jawabnya.


Khabar tentang keadaan jenazah pemuda yang memiliki kuniyah Abu Hamzah beredar di kalangan penduduk Gaza. Para khatib juga menjadikannya sebagai bahan khutbah Jumat mereka atas tanda-tanda keajaiban perang Gaza. Cerita ini juga dimuat oleh Arab Times (7/2/ 2009)


Terbunuh 1.000, Lahir 3.000


Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Sepertinya, ungkapan ini sesuai disematkan kepada penduduk Gaza. Kesedihan rakyat Gaza atas hilangnya nyawa 1412 putera puterinya terubat dengan lahirnya 3700 bayi selama 22 hari gempuran Israel terhadap kota kecil ini.


Hamam Nisman, Direktur Dinas Hubungan Sosial dalam Kementerian Kesihatan pemerintahan Gaza menyatakan bahwa dalam 22 hari 3700 bayi lahir di Gaza. “Mereka lahir antara tanggal 27 Desember 2008 hingga 17 Januari 2009, ketika Israel melakukan serangan yang menyebabkan meninggalnya 1412 rakyat Gaza, yang majoritinya wanita dan kanak-kanak,” katanya.


Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi dibanding bulan-bulan sebelumnya. “Setiap tahun 50 ribu rekod kelahiran tercatat di Gaza. Dan dalam satu bulan tercatat 3000 hingga 4000 kelahiran. Akan tetapi di masa serangan Israel 22 hari, kami mencatat 3700 kelahiran dan pada akhir bulan Januari tercatat 1300 kelahiran. Bererti dalam bulan Januari terjadi peningkatan kelahiran hingga 1000 kelahiran.


Ratio antara kematian dan kelahiran di Gaza memang tidak sama. Angka kelahiran jelasnya lagi, mencapai 50 ribu tiap tahun sedang kematian mencapai 5 ribu.


“Israel sengaja membunuh para wanita dan anak-anak untuk menghapus masa depan Gaza. Sebanyak 440 anak-anak dan 110 wanita telah dibunuh dan 2000 anak serta 1000 wanita mengalami kecederaan.

Semoga Palestin dan islam mencapai kemenangan.insyaalah..








Thursday, August 23, 2012

kisah-kisah aneh di palestin bab 1

Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestine Selatan ia tersepit di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediteranian serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya. Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini. Namun, jangankan menguasai, untuk masuk ke dalamnya saja Israel tidak mampu.

Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan kota kecil ini. Kawalan ketat yang membuat rakyat Gaza kesulitan memperoleh bahan makanan, ubat-ubatan, dan energi, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.

Akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke wilayah ini sejak 27 Desember 2008 hingga 18 Januari 2009. Merekamenggugurkan ratusan ton bom dan mengerahkan semua kekuatan hingga pasukan simpanan mereka. Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki ketenteraan terkuat di dunia ini harus mundur dari Gaza.


Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan tempatan yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang dikenal terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, heli tempur Apache, serta ribuan ton “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.


Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para mujahidin mampu membuat “kaum penjajah” itu mundur dari Gaza dengan muka tertunduk, walau hanya dengan berbekal senjata-senjata “kuno”.


Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya "pasukan lain” yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa “aneh” lainnya selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para jurnalists, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumat mereka. Kami rangkumkan kisah-kisah “ajaib” tersebut dari berbagai sumber untuk para pembaca yang budiman.


Pasukan Berseragam Putih



Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.


Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel. Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak laki-laki ditanya mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Saat ditanya, sebagaimana ditulis oleh Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam. Akan tetapi tentara itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pengsan.


Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahawa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”


Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di ceritakan oleh Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya "pasukan lain” yang tidak dikenal. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”


Akan tetapi tentara Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorang pun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawaban satu-satunya yang ia miliki.

Suara Tak Bersumber


Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Abdurrahman Al Jamal di situs Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).


Sang khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah ranjau yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.


“Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam ranjau,” kata pejuang tadi.


Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira ranjau itu tidak akan bekerja optimal. Maklum, jumlah musuh amat banyak.


Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah”yang maknanya kurang lebih,“tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.


“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kepada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, kerana tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.


Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah tank melewati ranjau yang tertanam, sesualu yang “ajaib” terjadi. Ranjau itu telah meledak dgn amat dahsyat. Tank yang berada di dekatnya langsung hancur. Banyak tentera Israel terkorban di situ juga. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.


Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam alraesryoon. com, ikut menguatkan kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencuba untuk memastikan dari mana datangnya suara itu, akhirnya saya dapatin bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”

Saksi Dari Tentera Israel



Cerita tentang “tentera berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa anggota tentera Israel sendiri menyatakan hal serupa.


Dicertakan oleh al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta ” kata anggota pasukan ini.


Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya dan bila munculnya serta ke mana menghilangnya.


Masih dari Channel 10, seorang Lentara Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan jenggot panjang. Kami tembak dengan senjata akan tetapi mereka tidak mati.”


Cerita ini membuat penonton2 ketawa. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?


Di saat para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba turut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.


Sudah Meledak Ranjau Masih Teguh



Sebuah kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah AI Maghraqah. Saat itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat memasang kabel, tiba-tiba sebuah pesawat mata-mata Israel menemukan mereka. dan Israel terus mengebom mereka.


Untunglah para mujahidin selamat. Namun, kabel penghubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya kerana pesawat masih mengelilingi mereka.


Tak lama kemudian, beberapa tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Malah tank-tank Israel itu berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.


Apa daya, kaum Mujahidin tak bisa berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung sementara tank-tank Israel telah berkumpul tepat di atas ranjau.


Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, “allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang maknanya: “Ya Allah, sebagaimana engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga lidak memiliki kesempatan serupa.”


Tiba-tiba ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat dahsyat di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.


Setelah Tentara Israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihat lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.


Masih dari wilayah Al Maghraqah. Saat pasukan Israel menembakkan rambang ke salah satu rumah hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya para mujahidin menjadi khuatir jika api yang marak tidak dapat dipadam dan di kawal.


Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa: ”Wahai Dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”


Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para mujahidin menangis terharu kerana mereka merasa Allah Subhanuhu wa Ta’ala (SWT) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.

BERSAMBUNG...




Saturday, August 11, 2012

ZAKAT FITRAH- KENYATAAN YANG ANDA PERLU TAHU

Ramai umat Islam yang masih keliru tentang kewajipan zakat fitrah, bukan keliru status hukumnya, tetapi bagaimana melaksanakannya. Inilah antara Q&A yang diharap mampu menjelaskan kekeliruan itu. Selamat membaca.



Soalan 1: Apakah makna zakat fitrah dan siapakah yang diwajibkan ke atasnya?


Jawapan: Zakat fitrah bermakna zakat badan atau zakat jiwa. Semua orang Islam diwajibkan, sama ada lelaki, perempuan, orang tua, kanak-kanak, bayi, orang gila, merdeka mahu pun hamba sahaya.


Dalilnya, Abu Hurairah r.a menyatakan: “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin,” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)


Fuqaha memang berbeza pendapat tentang siapakah yang perlu mengeluarkannya, sama ada diri sendiri ataupun wali nasab, yakni orang yang wajib menanggung nafkah. Amalan di Malaysia, zakat fitrah ini dikeluarkan oleh wali bagi semua tanggungannya. Dalam hal ini ada sebuah hadis: “Bayarlah zakat fitrah daripada semua orang yang menjadi tanggungjawab kalian.” (Hadis riwayat Imam Baihaqi).


2. Bagaimana dengan anak angkat, anak yatim dan anak tiri?


Jawapan: Perkara paling asas, fuqaha menyatakan orang yang wajib menanggung nafkah itulah wajib memberikan zakat fitrah tanggungannya. Di sini, yang wajib ialah mereka yang dinamakan sebagai wali nasab (sedarah daging) atau penanggung nafkah, iaitu bapa, datuk, bapa saudara dan sebagainya lagi.

Jika anak angkat, andai sudah tiada wali nasab yang boleh dihubungi, maka penjaganyalah yang wajib membayarkan zakat fitrahnya. Ada juga pandangan, jika sudah dibuat perjanjian dengan bapa kandungnya bahawa bapa angkat akan menanggungnya, maka terlepaslah kewajipan bapa kandungnya.



Andai anak yatim, sama juga jika sudah tidak berjumpa dengan mana-mana wali nasab, maka penjaganya yang wajib membayarkannya. Jika anak tiri, pun masih kena lihat, andai sudah tiada wali nasabnya, maka bapa tirinyalah yang wajib mengeluarkannya.


Namun, jika kesemua mereka sudah ada kemampuan sendiri, misalnya walau masih belajar namun mendapat biasiswa atau wang hasil kerja sampingan, maka mereka lebih berhak mengeluarkannya sendiri. Tetapi, penjaga yang bukannya wali nasab masih boleh mengeluarkannya dengan syarat memaklumkan dahulu kepada anak-anak jagaannya itu.


3. Adakah anak-anak perempuan yang sudah bekerja dikira masih tanggungan bapanya?


Jawapan: Anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.


4. Bagaimana pula dengan waktu menunaikan zakat fitrah?


Jawapan: Adalah harus mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya satu Ramadan. Hadis daripada Umar menyatakan: “Telah mewajibkan Rasulullah saw zakat fitrah pada bulan Ramadan.”


Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadan. Manakala Abu Hanifah pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar satu syawal.


Untuk memudahkan kita, ulama fikah telah membahagikan waktunya seperti berikut, iaitu harus sejak awal Ramadan, menjadi wajib atau paling utama sebelum solat Aidilfitri dan makruh setelah menunaikan solat Aidilfitri. Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari satu syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan kala itu ia dianggap qada.


5. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa menunaikannya?


Jawapan: Islam telah menyediakan satu ruang waktu yang amat luas bagi umatnya menunaikan zakat fitrah dan tidak sepatutnya ada orang boleh terlupa. Selalunya orang terlupa bila sengaja menunggu sehingga ke saat akhir. Jadi, jangan bertangguh.


Mungkin ada orang berhujah, mereka mahu menunggu ke saat akhir menunaikan zakat fitrah, demi mendapatkan pahala yang lebih besar. Berkenaan pahala ini, fuqaha tidak pula beranggapan menunaikannya lebih awal akan kurang pahalanya berbanding menunaikannya saat-saat akhir, lagi pun ia adalah tergantung kepada Allah SWT yang menentukannya.


Orang yang terlupa wajib segera mencari mana-mana fakir miskin dan serahkanlah zakat fitrah pada waktu itu juga dan fuqaha menyatakan ia sudah menjadi qada. Iringi juga dengan taubat dan berazam untuk tidak melalaikan lagi zakat fitrah selepas ini.

6. Ada orang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya?



Jawapan: Menunaikan zakat fitrah adalah wajib dan berpuasa juga wajib, maka mengabaikannya adalah berdosa. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: “Rasulullah saw telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri,” (Riwayat Bukari dan Muslim).


Ulamak fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran, na’uzubillah.


7. Adakah orang miskin juga wajib membayar zakat fitrah?


Jawapan: Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam, tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, merdeka atau hamba sahaya. Syaratnya, mereka mesti ada makanan yang cukup bermula dari malam satu Syawal hingga tamat satu Syawal. Orang miskin yang memenuhi syarat ini, wajib mengeluarkan zakat. Cuma ada sebahagian fuqaha menyatakan, jika orang miskin itu menjadi mampu disebabkan bantuan zakat, maka mereka tidak dibebani untuk mengeluarkan zakatnya, kerana punca hartanya adalah dari zakat juga.


8. Ada orang mahu membayar zakat fitrah dengan beras bukan wang, apa komen ustaz?


Jawapan: Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah memang begitu. Tetapi, sebahagian fuqaha berpendapat adalah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang). Pada zaman Umar bin Abdul Aziz r.a, baginda berfatwa zakat fitrah boleh dibayar dengan nilai wang. Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.


9. Ada orang berkata, jika tidak keluarkan zakat fitrah maka pahala puasa akan tergantung. Benarkah?


Jawapan: Terdapat sebuah hadis mengenai persoalan ini, iaitu: “(Ibadah) bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat kepada Allah kecuali dengan zakat fitrah,” (Riwayat Ibn Asakir). Tetapi, para ulama hadis mempertikaikan kesahihan hadis ini, kerana ada di antara perawinya yang tidak dikenali (majhul) dan ia juga bercanggah dengan mafhum hadis lain mengenai keutamaan beribadah khususnya di bulan Ramadan.


Bagi saya, fokuskan untuk melaksanakan setiap ibadah, sama ada solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Setelah ia ditunaikan dengan sempurna dan sah, maka serahlah kepada Allah SWT, sama ada mahu menerima atau menolaknya.

10. Adakah zakat fitrah hanya untuk fakir miskin sahaja?



Jawapan: Hal ini adalah khilaf dalam kalangan ahli fikah. Sebahagian menyatakan ia hanya untuk fakir dan miskin dan sebahagian yang lain menyatakan, zakat fitrah juga sama seperti zakat harta dan lapan asnaf masih boleh menikmatinya.


Malahan ada ulama’ yang menyatakan seorang kafir zimmi di dalam Negara Islam juga berhak mendapat zakat fitrah jika mereka adalah golongan fakir. Perbincangan ini boleh dirujuk ke dalam kitab Bidayatul Mujtahid, Juz 1, hal. 584; Fikih Sunnah, Jilid 3, hal. 129, Hukum Zakat, hal. 964 dan Ensaiklopedia Fiqh Wanita, Jilid 2, hal. 190.


11. Apakah majikan wajib membayar zakat fitrah pembantu rumahnya?


Jawapan: Majikan tidak wajib, kerana pembantu itu bukan tanggungan yang wajib dinafkahinya. Pembantu itu ada gajinya sendiri dan dia wajib menjelaskan zakat fitrahnya sendiri. Namun, jika majikan mahu menjelaskannya juga, perlu memberitahu kepada pembantunya, sebagai tanda minta izin daripadanya.


12. Apakah anak yang lahir pada waktu Maghrib hari terakhir Ramadan wajib zakat fitrah juga?

Jawapan: Tidak wajib, kerana anak itu hanya hidup pada waktu Syawal sahaja. Bukan sekadar itu, orang yang hidup sepanjang Ramadan dan meninggal dunia sebelum masuknya waktu Syawal, maka tidak wajib juga zakat fitrah. Ini kerana, hanya orang yang hidup pada dua waktu, Ramadan dan Syawal sahaja wajib zakat.


13. Apakah anak yang dikandung sudah cukup bulan tapi belum lahir hingga masuk Syawal wajib zakat juga?


Jawapan: Tidak wajib, Cuma sunat muakkad sahaja. Islam tidak mengambil kira semasa bayi masih berkeadaan janin (dalam rahim ibu) dan inilah pendapat yang kuat sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusuf al- Qaradawi, di dalam kitabnya, Hukum Zakat.


Soalan 14: Adakah seorang muallaf (saudara baru) juga wajib bayar zakat fitrah?


Jawapan: Jika muallaf itu masih kecil (belum akil baligh misalnya), maka orang yang menaunginyalah yang mengeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi, jika sudah dewasa atau remaja, maka jika mereka mampu mereka keluarkan sendiri. Jika tidak mampu, maka tidaklah wajib zakat fitrah ke atasnya

Soalan 15: Bolehkah ustaz jelaskan hikmah zakat fitrah?


Jawapan: Pertama, zakat fitrah menjamin kegembiraan kepada penerimanya, seperti mana nabi menjanjikan dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, iaitu waktu berbuka (termasuk berhari raya) dan ketika menatap wajah Allah (hadis Muslim). Maka, bagaimana orang miskin boleh gembira jika tiada bantuan di hari raya.


Kedua, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ketiga, membersihkan orang yang berpuasa daripada dosa. Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).


Keempat, menjadi bukti ketaatan manusia beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, jika mereka berpuasa tetapi enggan berzakat, maka jelaslah kualiti keimanannya di tahap mana?


Kelima, zakat fitrah itu menjadi kemuncak kepada amalan di bulan Ramadan, yakni berkongsi sedikit kekayaan. Andai jumlah RM7 itu masih dipertikaikan, maka bagaimana pula seseorang itu mampu berkongsi sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya dengan orang lain.


Soalan 16: Apakah boleh kita menunaikan zakat harta selain fitrah di bulan Ramadan?


Jawapan: Memang boleh bahkan dianjurkan sangat-sangat. Ini kerana, mafhum daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman al-Farisi, bahawa setiap amalan sunat dalam bulan Ramadan diganjari pahala wajib dan satu amalan wajib diganjari 70 kali ganda pahalanya.


Maka, andai kita berzakat RM1 ribu, maka pahalanya seolah-olah kita sudah berzakat RM70 ribu! Orang yang haul zakatnya belum tiba, boleh berniat mendahului haul zakat dan di sisi Islam, ia memang diharuskan.


Soalan 17: Soalan terakhir saya, kenapakah kadar zakat fitrah di Malaysia berbeza-beza antara setiap negeri?


Jawapan: Panjang jawapannya, namun ringkasnya saya boleh katakan, ada dua sebab kenapa berbeza. Pertama, pentadbiran zakat di Malaysia adalah tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Maka, setiap negeri mempunyai jawatankuasa fatwanya sendiri yang akan memutuskan harga zakat fitrah yang sesuai di negeri masing-masing. Pengasingan kuasa ini telah digazetkan di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu di dalam Jadual Kesembilan (Perkara 74, 77) Senarai Perundangan, Senarai II – Senarai Negeri.


Kedua, boleh jadi harga sekilogram beras adalah berbeza antara negeri-negeri. Ada negeri yang agak mahal, ada yang agak murah dan ia adalah sesuai dengan kondisi sosio-ekonomi rakyat negeri berkenaan. Maka, harga zakat fitrah di Selangor adalah sesuai dengan harga beras di Selangor (yakni RM7.00). Manakala di negeri lain, sesuailah dengan negeri mereka pula. Wallahua’lam.


Dipetik dari blog ustaz hamizul Abdul Hamid