Wednesday, August 29, 2012

STATUS BURGER RAMLY

Ada maklumat dari e-mail yang diterima daripada seseorang yang mendakwa telah bertemu sendiri dengan Dato' Haji Ramly Bin Mokni, tuan punya perniagaan daging burger terkenal Ramly Burger sebagaimana yang umum mengetahuinya selama ini dan


tiada sesiapa dari kalangan majoriti

umat Islam yang berasa was-was untuk membeli dan makan semua

makanan keluaran syarikat tersebut.

Daripada pertemuan hamba Allah itu beliau mendapat pengakuan daripada Datuk Ramly sendiri bahawa dia telahpun melepaskan status tuan punya syarikat kepada seorang Taukeh berbangsa Cina yang kini memiliki syarikat yang menjadi kebanggan umat Islam selama ini.

Dato' Haji Ramly dikhabarkan terpaksa menjual syarikat tersebut ketika dia mengalami masalah kesempitan wang satu ketika dahulu dan menurut khabarnya dia juga telah dianiayai oleh seorang rakan baiknya yang menguruskan penjualan syarikatnya itu.

Jikalau betullah semua khabaran di atas, bermakna walaupun Datuk Ramly merupakan seorang yang berstatus "Ayahanda Negeri Selangor", nampaknya status itu lansung tidak dapat membantunya mempertahankan perniagaannya, khasnya dalam mempertahankan status syarikat seorang muslim bumiputera.

Banyak syarikat yang asalnya kepunyaan orang Melayu atau Islam akhirnya telah dibeli oleh usahawan bukan Islam dan dengan pembelian tersebut semua nama yang membawa identiti Islam telah diambil sekali termasuklah segala status halal dan popularitinya.
Berkemungkinan tuan punya syarikat yang baru itu yang bukan muslim memang tidak ada niat mahu merosakkan perniagaannya dengan sengaja memasukkan unsur-unsur tidak halal ke dalam makanan keluarannya seperti lemak babi dan seumpamanya, namun dengan pertukaran hakmilik kepada seorang yang bukan muslim bermakna keutamaan 'Halal' mungkin bukan lagi terletak di tahap yang tinggi berbanding jika dimiliki oleh seorang muslim (yang bertakwa).

Samada perkara tersebut di atas benar-benar berlaku atau tidak, apa yang perlu kita lakukan sebagai orang Islam adalah berusaha mengumpulkan satu badan atau perkumpulan yang menyediakan dana serta kepakaran bagi mengambil alih atau membantu syarikat-syarikat Melayu atau islam yang berdaya maju yang sedang mengalami masalah kewangan atau pengurusan.

Usaha ini juga merupakan satu dakwah dalam jurusan ekonomibagi memertabatkan status ekonomi yang dipegang oleh umat Islam di negara kita dan mengelakkan umat Islam khasnya para usahawan islam daripada terjerumus ke dalam kepapaan yang amat merbahaya.

Antara kumpulan yang telah ada yang sepatutnya melihat semua usaha ini adalah PERKASA, PEKIDA, HIMPUN, serta lain-lain NGO muslim yang amat aktif sejak kebelakangan ini memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam di negara kita.

Adalah lebih utama mereka bertungkus lumus mengumpulkan dana serta kepakaran dalam semua bidang dan menekankan bidang ekonomi memandangkan kita amat ketinggalan dalam bab itu di seluruh unia. ia sudah tentu lebih baik daripada mereka memekik terlolong menyalahkan orang lain apabila umat islam tersepit.

Penulis : minta siasat sebelum percaya..jadilah seorang yang menyelidik sebelum percaya bulat-bulat

No comments: