Tuesday, September 21, 2010

Anda Tentu Pernah Makan Kuaci Ini… sambungan

Taman Perindustrian Balakong Jaya


Balakong

Selangor

10 Mac 2010

12 tghri

PERHATIAN DAN AMARAN:


Serbuan dan rampasan yang dilakukan ini bukan berkenaan samada kuaci ini halal atau tidak. Isu yang timbul ialah, syarikat menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.

Saya tidak melarang atau menggalakkan anda samada untuk terus memakan kuaci ini atau memberi kepada hamster untuk dimakan.


Kepada pengendali dan ahli laman forum, saya memberi amaran, jangan memutar-belitkan fakta yang telah diberi atau mengelirukan ahli/pembaca anda. Saya tidak akan bertanggungjawab akan segala ulasan atau pandangan yang anda kemukakan setelah anda ‘copy-paste’ atau ambil bahan dari blog ini.


Baca betul-betul entry ini kerana ada yang mengambil kesimpulan akan status kuaci ini. Selebihnya, kita gunakan akal yang Allah kurniakan, dan bukan emosi atau perasaan keterlaluan.



Nampaknya, sijil Halal Jakim rupanya menjadi buruan mereka yang inginkan produk mereka laku dan dibeli oleh pengguna Islam, tetapi lebih dengan cara penipuan.
Malangnya, dalam serbuan kali ini, pengedar kuaci ini berkata:

“What a big issue ? Why you all make it as big issue?

Aduh…punyalah sakit hati mendengar betapa bongkaknya syarikat terbabit yang mempertikaikan tindakan Jakim dan KPDNKK menyerbu syarikat mereka.



Sungguh kurang ajar – sudahlah menggunakan logo terbabit dengan sewenang-wenang tanpa kebenaran, mereka pertikaikan pula mengapa tindakan dikenakan pada mereka.








Untuk sampai ke kilang ini, perlu melalui kawasan berpalang dan pengawal keselamatan.


Untuk masuk ke dalam kaawasan kilang, perlu memasukinya melalui pagar otomatik dan kawasan sekeliling dipenuhi CCTV.

Benar, seorang lelaki sedang berkeras dengan pegawai dari Jakim dan KPDNKK untuk tidak membenarkan mereka masuk ke dalam kawasan stor.

 
Sebelumnya, dia membuka stor itu, tetapi setelah dimaklumkan, rampasan akan dilakukan , dia lantas mengunci semula stor dan pintu pagar ditutup secara otomatik, menyebabkan kami ‘terkurung’.


Sarjan Ahmad terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu dan pekerjanya, mereka perlu memberikan kerjasama, sebeliknya dia tetap berkeras dan berkali-kali berkata betapa, pihak syarikatnya tidak melakukan kesalahan besar dan tidak perlu dijadikan isu.

Beberapa panggilan telefon dilakukannya malah berbagai alasan dan pertikaman lidah berlaku- dia masih enggan membuka stor.

Hampir sejam kami ‘terkurung’ di dalam kawasan kilang yang langsung tidak mempunyai papantanda semata-mata tidak mahu sebarang tindakan lanjut dilakukan (diplomasi).

Akhirnya, amaran terpaksa diberikan mengikut peruntukan undang-undang yang ada pada polis, Jakim dan KPDNKK untuk syarikat membuka stor.


Menurut rekod, syarikat mempunyai sijil halal dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak yang tamat tempoh pada 1 Sept 2008.

Dan dengan alasan pertukaran kerajaan/situasi politik di Perak, syarikat memohon sijil Halal dari pihak swasta yang tidak diiktiraf kerajaan – Perak Religious Officer Association ( 9 Jun 2009 hingga 8 Jun 2012).

Alasan diberikan oleh seorang lelaki yang didakwa sebagai perunding syarikat ,datang memberikan pelbagai alasan dan kata-kata yang tidak konsisten dan kadang-kadang melucukan.


Sebenarnya, berapa kalipun kerajaan bertukar, polisi tetap sama dan tidak bertukar dalam penguatkuasaan , tetapi itulah alasan yang diberikan oleh lelaki yang tidak mengaku sebagai perunding, tetapi syarikat pula mendakwa dia sebagai perunding…!!!


Pening…pening, walhal kes ini terlalu mudah untuk diselesaikan – beri kerjasama, maka tak perlulah bertekak dan memberikan hujah yang membuang masa kerana kesalahan telah terang-terangan dilakukan.

Dan isunya di sini, walaupun Jakim ketika ini tiada kuasa untuk mensabitkan kesalahan kerana syarikat menggunakan sijil/logo halal swasta, tetapi kesalahan nyata syarikat ialah, tidak menggunakan logo halal swasta itu, sebaliknya menggunakan logo Halal Jakim tanpa kebenaran pada semua produknya.

Apa yang menarik mengenai kuaci ini ialah, pembungkusan malah logo Halal Jakim dicetak di China, dan syarikat menerimanya untuk terus dijual kepada anda.


Syarikat dengan angkuh mengatakan, tiada apa yang nak di isukan mengenai logo halal Jakim itu, kerana bagi mereka, mungkin logo halal Jakim itu tidak memungkinkan mereka melakukan kesalahan besar.


Untuk makluman anda, sebenarnya, logo halal yang dilekatkan pada produk, bagi ramai pengusaha yang buta mata-hati dan tamak haloba dan menggunakannya secara ‘curi’, ia adalah satu tarikan pada orang Islam untuk membelinya.

Saya yakin, tanpa meletakkan logo halal, jualannya tidak akan melonjak begitu tinggi, malah syarikat ini 10 tahun dulu adalah sebuah kilang kecil di Kajang dan ini merupakan kali ketiga pindah ke sebuah kilang yang bernilai jutaan ringgit.

Akhirnya , semua stok kuaci berjumlah lebih 100 ribu paket dirampas dari stor syarikat mengikut Seksyen 15, Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimun RM250,000.

Menurut Pengarah Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar, tindakan mereka yang menggunakan logo halal Jakim sewenang-wenang, selain melakukan kesalahan dan menipu pengguna, ia adalah tidak adil kepada syarikat yang benar-benar jujur dan komited setelah melalui proses yang ketat sebelum diberikan sijil halal.


Dan syarikat dinasihatkan memohon sijil halal yang sah dari Jakim.

Penulis: sijil halal dipermainkan oleh orang bukan islam.Orang Islam nak tgk je ke??????????????

No comments: