Tuesday, September 21, 2010

KAJANG: Selepas hampir 10 tahun popular di kalangan pengguna sebagai makanan ringan, sejenis produk kuaci berperisa yang diimport dari China dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas didapati menipu orang ramai apabila menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu.



Pemilik syarikat yang mengimport kuaci terbabit didapati menggunakan sijil halal palsu bagi memastikan produk terbabit menembusi pasaran pengguna Islam. Namun tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kilang menemui noktah apabila 710 kotak berisi ratusan ribu bungkusan kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas.



Penggunaan logo halal tanpa kebenaran itu dibongkar selepas pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di syarikat pengedar kuaci terbabit di Balakong, pagi semalam.


Lawatan mengejut pegawai KDPNKK dan Jakim itu bagaimanapun menyebabkan berlaku `perang hangat' apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya mempertikaikan kuasa dan tindakan pegawai KPDNKK memeriksa syarikat berkenaan.


Lebih mengejutkan apabila, pihak pengurusan syarikat mengunci pintu menyebabkan pegawai KPDNKK dan Jakim terkurung sehingga polis dipanggil untuk tindakan meredakan keadaan.


Kehadiran tiga anggota polis bagaimanapun berjaya meredakan keadaan berikutan sikap pengurus syarikat berkenaan yang enggan bekerjasama dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa memeriksa premisnya.


Sumber KPDNKK berkata, pengurusan syarikat itu mendakwa memperolehi sijil halal dari satu syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan memperolehi sijil halal dari Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).


“Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil halal yang ditunjukkan itu tidak pernah diiktirafkan Jaip termasuk Jakim berdasarkan maklumat meragukan serta status individu yang menurunkan tandatangan pada sijil terbabit,” katanya

Penulis : Den Pun pernah menteradah koci ni.astghfirullah...

No comments: