Thursday, December 30, 2010

ZAKAT BUKAN BANTUAN SEUMUR HIDUP



 
PENERIMA zakat patut berbangga jika berjaya keluar dari kepompong kemiskinan berkat bantuan duit zakat, bukan berasa rugi atau sedih kerana tidak lagi tersenarai dalam asnaf penerima zakat.


Perunding Utama Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusoff, berkata konsep bantuan zakat bukan untuk seumur hidup, tetapi sebagai sumbangan membantu penerima memperbaiki kehidupan kepada lebih baik.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP) berkata, ada yang sudah keluar daripada kelayakan menerima zakat, tetapi berasa sayang melepaskannya.

Tidak kurang juga, katanya, dari bapa hingga anak menjadi penerima zakat dan keadaan itu tidak mencerminkan falsafah zakat serta hikmah membantu masyarakat mengubah kehidupan.


"Konsep zakat ialah apabila kita beri bantuan dengan matlamat dia boleh memperbaiki kehidupan seterusnya keluar daripada kemiskinan. Contohnya, wang zakat digunakan untuk mengambil kursus kemahiran bagi menjana pekerjaan.


"Jangan salah anggap bahawa zakat sebagai bantuan seumur hidup dan disebabkan sudah rasa selesa, maka tidak ada usaha memperbaiki diri. Jadi, hidup bergantung bantuan wang zakat saja," katanya.


Ahmad Shukri berkata, bagi yang boleh hidup tanpa bantuan zakat sepatutnya memaklumkan pihak berkuasa mengenai perkembangan diri mereka supaya wang diperuntukkan untuk mereka boleh disalurkan kepada golongan memerlukan.

Katanya, tidak dinafikan ramai penerima zakat berjaya menjana pendapat dengan memulakan perniagaan atau meningkatkan kemahiran menggunakan sumbangan zakat diterima hingga membolehkan mereka berdikari.


"Memang ada yang dulunya penerima zakat kini bertukar menjadi pembayar zakat berkat kesungguhan memanfaat bantuan diterima. Inilah yang kita mahukan, bukan marah apabila nama mereka terkeluar daripada senarai penerima hingga merayu-rayu," katanya.


Katanya, bagi yang tidak layak menerima zakat, tetapi tetap mahu wang sumbangan zakat, mereka melakukan dosa kerana mengambil hak orang lain. Dari segi moral serta agama, tindakan itu tidak boleh diterima.


Mengenai wang zakat mencecah jutaan ringgit dikutip sekarang ini sebagai penyelesai kepada masalah kemiskinan yang masih menghantui masyarakat di negara ini, beliau berkata, wang zakat bukan satu-satunya sumber membasmi kemiskinan.


Sebaliknya, agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat serta organisasi berkaitan turut memikul tanggungjawab membantu mengurangkan beban golongan yang memerlukan.


"Memang timbul persepsi sepatutnya dengan jumlah zakat sebanyak itu, tidak patut ada orang miskin di negara ini, tetapi tujuan zakat bukan membantu orang miskin kerana ada asnaf lain berhak menerima wang zakat," katanya.


Ahmad Shukri berkata, banyak perlu diperbaiki dalam pengurusan zakat di negara ini seperti memberi jumlah bantuan mencukupi, memastikan bantuan menyelesaikan masalah penerima dan menentukan hanya yang benar-benar layak dibantu dengan wang zakat.


Katanya, dalam sesetengah kes ialah wang zakat yang diterima tidak mencukupi untuk penerima meneruskan kehidupan yang akhirnya menyebabkan mereka terus bergantung kepada bantuan.


Sebab itu, katanya, jika dilihat daripada mata kasar, penerima zakat seolah-olah sudah dibantu, tetapi hakikat sebenarnya, wang zakat diterima gagal menyelesaikan masalah dihadapi.


"Contohnya, zakat diberi RM300, tetapi keperluan keluarga melebihi RM800. Walaupun sudah menerima bantuan zakat, tetapi masalah sebenarnya tidak selesai. Jadi saya fikir, masih ada ruang penambahbaikan dalam pengurusan zakat," katanya.


Begitu juga dalam proses pencarian asnaf yang benar-benar layak menerima zakat, perlu diperbaiki supaya tidak ada yang terlepas pandang.


Beliau berkata, sikap penerima zakat yang kadang-kadang tidak menghargai sumbangan diberikan umat Islam yang menunaikan zakat turut menggagalkan usaha mencetus budaya bersedekah dalam kalangan masyarakat.


Katanya, sesetengah penerima zakat sudahlah hidup dalam keadaan serba kekurangan, tetapi tidak melaksanakan tuntutan agama, malah ada menggunakan duit itu untuk melakukan maksiat.


Ahmad Shukri berkata, kesedaran serta kesediaan umat Islam menunaikan zakat fitrah memang tidak boleh disangkal, tetapi bagi zakat pendapatan, harta, emas dan simpanan masih berkurangan. Oleh itu, dakwah zakat perlu dipertingkatkan supaya lebih ramai menunaikan kewajipan.


Konsep Zakat : Bukan memberi tapi membantu...

KERANG ATAS DARAH B***


KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging **** di pasar Chow Kit. Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.




Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.


Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging **** yang belum dilapah dan berdarah.


Sumber Jakim berkata, **** terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual **** itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.


“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.


“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.


Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging **** terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.


Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan **** di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.


Menurutnya, kawasan pemprosesan **** terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging

Penulis :Belilah Kerang kat Orang Islam..Lepas ni mesti ada kata penulis Rasis...

Wednesday, December 29, 2010

AMARAN!!!!! PADERI MELAYU


SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.



MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-



1. AL -BARAMKAH


2.AL-MANSORI


3. AL-BISTARIA


P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.


SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.

Sunday, December 26, 2010

DARAH BABI DALAM PUNTUNG ROKOK


PENULIS : HARI-HARI KITA HISAP ROKOK BABI..MEMANG KITA FAHAM ATAU KITA BUAT2 X FAHAM?????/

PERINGATAN - BERUS RAMBUT BABI HUTAN

Dapat melalui email. Walau pun bahasanya agak rojak sikit tapi boleh faham apa yang cuba beliau cuba sampaikan. Mesejnya jelas bahawa orang non Muslim tak sensitif dengan kehendak orang Islam dan saja jer nak jual benda yang kita tak boleh.
Sebab tu sudah tiba masanya orang Islam support kedai orang Islam yang menjual produk Halal.
saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN

masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN.
SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL
However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.
The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL
Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN

Dipetik dari wan_pzm@yahoo.com dialu-alukan untuk menghantar e-mail kepada kami bagi sebarang permasalah mengenai halal haram ini..
 
penulis: betul atau tidak artikel di atas kita sebagai orang islam kenalah berhati-hati...

Friday, December 24, 2010

INDAHNYA ZAKAT

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID




AYAH nak ke mana ni?" Satu suara halus bertanya. "Ke surau nak." "Ayah, adik nak ikut…" sambil memakai songkok dan berbaju Melayu labuh, terkedek-kedek si anak berlari mendapatkan si ayah yang sudah sedia memegang basikal tua. Dengan cepat si anak naik dan duduk di galang basikal lalu mereka menuju ke surau. Di surau, kelihatan si ayah membawa seuncang beras. Seorang Pak Haji sedang menunggu dengan tersenyum. Lalu si anak bertanya lagi… "Beras ni nak buat apa ayah?" "Ini untuk zakat kita tahun ini nak…"


Demikianlah sedikit sedutan iklan di televisyen yang pernah disiarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu. Keharmonian amat terasa, dengan berlatar belakangkan sebuah desa, sawah padi menghijau, berbasikal tua meniti di batas-batas bendang dan Pak Aji yang senyum manis menanti di surau, lalu zakat dijadikan tema iklan raya tersebut. Intipatinya hanya satu, menjadikan hari raya medan berkongsi kegembiraan antara si kaya dan miskin yang kelaparan.


Zakat adalah rukun Islam ketiga. Kedudukannya di tempat ketiga ini dan sering digandingkan oleh Allah SWT dengan arahan mendirikan solat, telah dengan sendirinya menggambarkan status hukum dan kepentingan zakat.


Di samping itu, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia termasuk dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah, iaitu wahyu Allah SWT yang banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek akidah. Banyak dalil naqli (dalil al-Quran dan al-hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56: Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berikanlah zakat.


Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan kepada Muaz bin Jabal yang diutus ke Yaman sebagai gabenor akan kepentingan zakat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Engkau hendaklah menerangkan kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan sedekah (zakat), yang dikenakan terhadap kekayaan orang kaya di kalangan mereka.


Falsafah zakat


Falsafahnya mudah, zakat adalah satu perkongsian. Mengambil harta dari kalangan kaya dan berada untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan melata dan mereka yang memerlukan. Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat, semakin meningkat kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat menjadikan semakin terbela asnaf-asnaf zakat.


Inilah cantiknya hukum dan syariat zakat ini, sehinggakan di dalam lipatan sejarah ia amat berkesan semasa perlaksanaannya pada zaman Rasulullah. Apatah lagi, zakat adalah amalan baik yang berkesinambungan daripada apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan, prihatin dan suka bersedekah telah difardukan akhirnya.


Maka, oleh kerana ia sememangnya satu amalan mulia yang tidak bercanggah langsung dengan fitrah manusia, tidak pernah terdengar sedikitpun suara yang membantah dan mengingkari kewajipannya setelah ia diangkat oleh Allah SWT sebagai amalan wajib. Bahkan pada zaman itu, zakat telah menjadi item utama sumber pendapatan negara Madinah Al-Munawwarah demi menjana pembangunan ummah.


Pembahagian zakat


Bagi memudahkan umat Islam, ulama fikah telah membahagikan zakat itu kepada dua, iaitu zakat fitrah (zakat badan) dan zakat mal (zakat harta). Zakat fitrah adalah seperti apa yang telah digambarkan di dalam iklan raya di atas. Ia diwajibkan di dalam bulan Ramadan dan wajib ditunaikan sebelum solat Hari Raya Aidilfitri. Hukumnya wajib kepada setiap individu Muslim walaupun dia seorang hamba, dengan syarat mereka hidup pada bulan Ramadan hingga masuk 1 Syawal.


Kewajipan mengeluarkannya adalah terletak kepada diri sendiri, wali atau ketua keluarga berkenaan. Ia dikeluarkan untuk setiap individu berdasarkan kepada 1 gantang Baghdad yang bersamaan 2.70 kg makanan ruji sesebuah tempat.


Daripada Ibnu Abbas r.a., berkata: "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah daripada sedekah-sedekah biasa." (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).


Manakala zakat mal, ia adalah tertakluk kepada harta-harta tertentu. Zakat mal ini pula tidak diwajibkan kepada hamba, seperti mana zakat fitrah. Dari aspek kekayaan, zakat mal atau harta inilah yang mewakili status kekayaan umat Islam, kerana ia digambarkan kepada ketinggian kutipan zakat di sesuatu tempat.


Seperti dinyatakan, semakin tinggi kutipan zakat, bermakna semakin tinggilah taraf sosio-ekonomi rakyat dan semakin melebarlah manfaat zakat kepada lapan asnaf yang memerlukan. Semua ini menjadi indikator kepada keseimbangan sosio-ekonomi, kestabilan politik dan seterusnya kemakmuran negara umat Islam.


Pada tahap awal perbincangan ini, diharapkan para pembaca telah mendapat kefahaman awal tentang zakat. Dalil kewajipannya, status zakat dalam rukun Islam, falsafah zakat, definisi zakat dan pembahagiannya.


Semua ini akan memudahkan masyarakat untuk memamahi, seterusnya kenapakah zakat perlu diangkat kembali menjadi agenda penting ummah. Ini termasuklah isu-isu kontemporari zakat seperti penglibatan sektor kewangan lain dalam institusi zakat, penguatkuasaan undang-undang zakat dan sebagainya lagi.


Insya-Allah, dengan kefahaman yang jelas ini akan memudahkan kita mempelajari zakat, satu rukun Islam yang manfaatnya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang Islam di dunia ini.

Sebarang pertanyaan zakat sila hubungi 06-3845453 (PZM Cawangan Masjid Tanah)

Ramai Umat Islam Makan Bangkai Termasuk Sate Bangkai


Samada secara sedar, buat-buat tak sedar atau memang dah sedar, tapi buat bodoh - ramai umat Islam di negara ini memakan bangkai.
BANGKAI ?

Ye, bangkai binatang terutama bangkai ayam.

Perhatikan logo halal di atas.

Ia bukan logo halal yang dikeluar atau diiktiraf Jakim/Jain



Ia logo halal swasta, yang sebenarnya bermotifkan keuntungan sekaligus menjadikan umat Islam di negara ini terkeliru, malah ada yang sebenarnya ditipu terang-terangan.



Ikuti laporan khas ini yang mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya.


Semuanya bermula tiga malam lalu (awal pagi).


Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Hub Halal Jakim, JAWI dan KPDN-KK - melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong Industrial Park KIP.


Semuanya OK, dan tiada kesalahan dari segi syarak dilakukan pada sembelihan ayam.



Dalam perjalanan pulang, pasukan yang sama melakukan rondaan sekitar Jinjang, K Lumpur


Mereka terserempak dengan sebuah pusat sembelihan ayam sedang beroperasi.



Apa jua cara sembelihan yang dilakukan mereka, tidak menjadi kesalahan kerana pusat itu bukan pusat sembelihan yang memiliki sijil Jakim - secara senangnya, ia sembelihan untuk pengguna bukan Islam.


Namun, pemeriksaan tetap dilakukan.




Segala invois diperiksa - dan mereka menemui sesuatu yang mengejutkan...



Ayam-ayam yang dipotong di situ turut dibekalkan kepada sebuah restoran di Kepong

Lebih mengejutkan, terdapat dua nama , Ani dan Din pada invois - yang dipercayai Melayu berugama Islam , mendapat bekalan dari pusat sembelihan ini.



"Ini ayam, mereka selalu order , ada yang order mau bikin sate..."


Malangnya, tiada alamat ditemui.




Adakah Pak Din Sate atau Restoran Kak Ani yang membelinya,hanya mereka yang tahu.


Mungkin anda sendiri pernah memakan sate atau rendang ayam atau goreng ayam bercili dimasak oleh Ani dan Din ini.

Jam 11 pagi tadi, restoran yang dimaksudkan dalam catatan pada invois, diperiksa.



Operasi di ketuai Penolong Pengarah Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah




Malangnya, tiada sebarang bukti pembelian dari pusat sembelihan ditemui di restoran ini, sebaliknya invois dari pusat sembelihan yang diiktiraf.



Dipercayai, pihak terbabit berkemungkinan telah menyembunyikan bukti atau menghilangkan bukti berkaitan pembelian dari pusat sembelihan tidak halal itu.


Dan, serentak itu juga, sepasukan pegawai turut pergi semula ke pusat sembelihan bagi memeriksa rekod mereka.
 

 
Mengejutkan - apabila salinan asal invois juga telah ghaib dari simpanan mereka...!!!



Untuk rekod - restoran ini turut mempunyai logo halal - tetapi bukan yang diiktiraf oleh kerajaan...


Ramai pelanggan berugama Islam makan di sini, dan mungkin juga anda.


Pemeriksaan akan turut dilakukan di banyak lagi cawangan restoran ini.

Penulis : kesimpulannya berhati-hatilah makan di sesuatu restoren.ambik masa kaji selidik latar belakang restoren tersebut.nak kata kita bodoh dah ramai yang pandai2 sekarang belajar sampai luar negara..ingatlah apa yang kita makan dan anak kita makan akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tabiat kita.wallahualam..

Tuesday, December 21, 2010

GAMBARAN SEBENAR PALESTIN

18 July 2009 - kali pertama saya dapat melihat tanah Palestin yang di jajah - kini Israel.
Cuma berselang pagar elektrik, mata saya tak berkedip melihat hamparan tanah Israel yang terbentang luas, dengan Bukit Golan yang di tawan rejim Zionis sebagai latarbelakang.


Israel adalah sebuah negara yang di asaskan pada perkauman dan keagamaan. Yang menetap di negara itu, bangsa Yahudi beragama Judai - agama yang di turunkan kepada Nabi Musa dan berkitabkan Taurat.



Mengapa saya mengambil 'Aku adalah Aku' sebagai tajuk entry kali ini - merujuk kepada ayat Taurat yang menjadi pegangan bangsa 'pilihan Allah' itu:


Firman Allah kepada Musa: "AKU ADALAH AKU." Lagi firman-Nya: "Beginilah kau katakan kepada orang Israel itu" (Keluaran 3:14)


Memegang 'wahyu' ini - begitulah bangsa Yahudi membentuk peribadi mereka. 'Aku buat hal aku, aku tak peduli hal atau hak kau, sebab aku adalah aku. Apa kau nak fikir pasal aku, lantaklah. Aku tetap aku'


Lihat saja pagar yang memisahkan dua negara ini - Lubnan dan Israel. Mereka berjiran, saling berpandangan antara satu sama lain setiap hari - namun tiada komunikasi langsung di antara kedua-duanya. Yang lebih memedihkan, kedua-dua pihak saling melihat satu sama lain sebagai musuh.



Perkampungan Misghav Am, dalam wilayah paling utara Israel, Metulla, bersempadan Lubnan ini kelihatan sangat tersusun. Macam taman perumahan di Malaysia. Namun, di sebelah Lubnan, semuanya berselerak. Pacaklah tiang nak buat rumah di mana pun. Mungkin pengaruh Amerika, membantu Israel menyusun sebegitu baik negerinya.
 
Israel, yang menakluk Palestin setelah memenangi peperangan 1948 - bagaimanapun pandai dalam menggariskan sempadan dan wilayahnya.



Yang di takluk Israel, semuanya yang subur-subur belaka. Punca air, sungai, tasik - antara yang di minati Israel. Tanah gersang berbatu, bukit kontang, semuanya di biarkan untuk Arab. Sekali lagi, konsep Aku adalah Aku, di praktikan.

 
Sempadan Israel dan Lubnan di kenali 'The Blue Line' - di perkenalkan PBB yang menjadi 'orang tengah'. Manakan tidak, kedua-dua pihak tidak berkomunikasi langsung walaupun duduk sebelah menyebelah!



Di sepanjang garis sempadan ini - Yahudi cuba menonjolkan kekuatan mereka. Jangan harap anda akan dapat berhenti untuk ambil gambar, pasti tentera dia datang dan acukan senjata mereka tepat ke kepala anda!

 
Dan ketika kenderaan UN milik Malaysia yang menyertai pasukan pengaman UNIFIL melalui kawasan ini - Israel, yang tidak pernah setuju pada penyertaan Malaysia di wilayah itu - akan memantau pergerakkan tentera kita. Walaupun mereka berada dalam negara mereka dan tentera Malaysia di sebelah Lubnan, peluru sesat mereka tidak kenal pagar elektrik yang memisahkan sempadan. Cuma belum pernah jadi je lagi
 

Di pihak Lubnan - yang layak berdepan dengan kekuatan Israel, adalah tentera subversif Hezbullah. Penting untuk di katakan, pasukan Hezbullah ini di takuti Israel, walaupun pihak Yahudi tidak pernah mengakuinya.




Firman Allah di dalam Al-Quran



وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ



'Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Hezbullah (pengikut Allah) itulah yang pasti menang'

Tentera Hezbullah, yang mendapat bantuan langsung dari Iran, tidak boleh di kenali secara langsung. Mereka hidup di dalam masyarakat, bekerja, berniaga dan bersosial, cuma jika ada roket Israel yang jatuh ke bumi Lubnan - peranan mereka terus berubah menjadi pejuang berani mati yang di takuti tentera Israel. Peranan Hezbullah, sangat-sangat di hormati masyarakat Lubnan.
Hezbullah sentiasa dalam keadaan siap-siaga.
Meriam dan missile semuanya telah tersedia di merata-rata Lubnan dan muncung-muncungnya, semuanya di arahkan kepada Israel. Saya tidak pasti bagaimana pula keadaan di dalam Israel, sebab saya tak boleh masuk dalam negara Yahudi tu.



 
Di kem MALCON East - saya sempat 'melayan' TV Israel. Macam Johor boleh tgk tv Singapore la, sempadan kan.



Rancangan ilmiah seperti dokumentari, berita, hal ekonomi dan pendidikan, semuanya dalam bahasa Ibrani, bahasa Yahudi.


Waktu malam pula, rancangannya tak di tapis, semuanya boleh keluar TV. Yang pakai baju, yang tak pakai baju, semua ada. Dan beberapa program-program sebegitu, di berikan sarikata berbahasa Arab.


Apa tujuannya - saya fikir anda pun faham.

 
- Dipetik daripada blog wan zanatiah mohd… MalaysiaRia

Saturday, December 18, 2010

HATI-HATI - KURMA DARI ISRAEL







careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!



Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan

tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan

 di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan

 luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia

dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya

berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk

 tabung  orang-orang Yahudi.


Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para

 Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah

 terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam

 oleh rejim Yahudi ini.


Penulis :Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.sokonglah produk HPA."penyelamat umat akhir zaman"

Monday, December 13, 2010

Kopi Luwak Atau Kopi Tahi Musang, Difatwa Halal Majlis Ulama Indonesia


JAKARTA, 20 Julai (Bernama) -- Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal di dunia dari Indonesia, difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.



"Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin di sini.


Kopi luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semulajadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan.


Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual.


MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan kopi luwak menjadi lebih jelas.


Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub berkata MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.


"Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya
 
Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.



Kopi luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh".


Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi.


Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.


Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram dihasilkan.


Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram.


-- BERNAMA

Penulis : Fatwa mana la Ulama Indonesia ikut ni??????

GELAGAT SYAITAN DI MAJLIS KENDURI...



Bacalah bismillah sebelum melakukan sesuatu.....



"Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia

bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka, terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.


Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Tiba

di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis

di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.


Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak

dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu

bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak,

berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam.

Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.


Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis

di tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah

runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman

bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar

yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau

syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu

telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada

di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu.


Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia

tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat

dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan

itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan

itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab

dibuka.


Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.


Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.


Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca

Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air

kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.


Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.


Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa

mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk

mengalahkan manusia di rumah kenduri.


Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman

pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan

tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan.


Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari

pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,

keadaan lebih kecoh.


Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama

makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan

lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.


Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik

pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok

Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut

yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.


Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman

bercakap dengan cermin tempat bersolek.



Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai

tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang

mahu percaya atau tidak.



Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita

tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah

nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH... ..



"Janganlah main belasah aje....."

Friday, December 10, 2010

TENTERA MUSLIM DI MILITER ISRAEL???????

Yang ni siap tudung lagi askar wanita israel bangsa arab sunni


gambar di bawah adalah unit khas YAMAS yg ramai di anggotai oleh arab badwi,druze dan pendatang rusia...kelebihan mereka diambil kerana dapat menyamar macam orang palestin dan pandai cakap arab.









RAHSIA YAHUDI LAKNATULLAH


Berikut ialah 32 Rahsia Israel yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita untuk menentang negara itu dan beberapa isu kontroversi yang masih hangat diperkatakan masa kini.



1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel ?


2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?


3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?


4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.


5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel ? Realitinya , Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.


6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel ?


7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?


8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel , maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.


9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.


10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?


11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?


12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?


13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.


14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?


15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?


16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?


17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel ?


18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?


19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?


20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel ?


21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel ?


22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel ) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.


23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?


24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?


25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel ) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?


26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?


27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo ?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel ? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?

TAZKIRAH - ORANG ISLAM SEKARANG...

1. Berani


Berani melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, yang mana agama tegah yang itulah mereka buat.


2. Pemalas

Berhibur sanggup berjam-jam tetapi solat paling kurang tak sampai 5 minit malas mau tunaikan.


3. Tak malu

Bekerja siang malam cari rezeki dah dapat tak nak bersyukur pula, paling teruknya hidup tak nak solat, tak nak baca Quran dah mati orang lain pulak kena buat kat dia. Fardhu Kifayah.....


4. Bodoh

Sudah tahu diri itu jahil bab agama tapi tak nak belajar dan memperbaiki amalan, sudah tu ada anak pun dibiar jahil macam dirinya.


5. Lebihkan adat dari Ibadat

Kenduri kendara, majlis, persatuan jauh mana pun kalau dapat tetap bertandang, memenuhi kehendak tuan rumah, adat kena jaga tapi bila berkumandang azan kat masjid boleh buat dek..... ja patah lagi hari jumaat seminggu sekali ja.


6. Tak kenang budi

Umat terdahulu bermati-matian berjuang untuk menjaga agama Islam yang suci. Tapi umat sekarang Masyaallah.. ... sendiri faham je lah..


7. Terlupa, tak tahu atau tak percaya

Kematian akan datang menjemput kita tak kira waktu atau di mana, tapi kita lihat umat Islam masih lagi lalai menjalankan tanggungjawab terhadap Yang Esa. Bersediakah kita dengan bekalan yang akan kita bawa bila kita mengadapNya. ...

Monday, December 6, 2010

Konspirasi World Cup 2010 - artikel diambil dari ibnuyaacob.com



Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.




Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.



Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.



Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.



Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerang an yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)



Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..






Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/ padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.






Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.




Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api
 
.Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.





Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.


artikel diambil dari  ibnuyaacob.com (please bookmark dalam blog anda banyak informasi berguna terutamanya mengenai king dajjal dalam blog ini)

Sunday, December 5, 2010

Pengesan DNA Babi Diguna Dalam Operasi Produk Halal

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal menggunakan alat pengesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam setiap operasi penguatkuasaannya bagi menentukan produk yang dikeluarkan di negara ini atau diimport bebas daripada unsur haram.
Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata alat berkenaan yang dicipta oleh Institut Halal di Universiti Putra Malaysia, akan memberi kemudahan kepada pihak berkuasa dalam operasi pemantauan produk halal berbanding sebelum ini, yang melibatkan pelbagai pihak.
"Kita mengalu-alukan apa jua produk baru yang boleh mempermudahkan urusan penguatkuasaan dan pemantauan. Sebelum ini, kita memerlukan khidmat banyak pihak seperti Jabatan Kimia bagi mengesahkan sesuatu produk itu bebas daripada unsur haram atau tidak.
"Penciptaan alat ini merupakan sesuatu yang dibanggakan kerana ia menyumbang kepada integriti halal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pensijilan Halal Luar Negara sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 Ke-7 di sini Khamis.
Wan Mohamad berkata alat itu, yang mampu mengesan DNA babi dalam tempoh kurang daripada satu jam, turut diperkenalkan kepada badan-badan pensijilan halal luar negara.
"Kita serah pada budi bicara pihak berkenaan. Kita hanya memberi maklumat supaya ia turut memberi kemudahan dalam urusan pemantauan mereka," katanya.
Badan Pensijilan Halal Luar Negara merupakan badan pengesahan halal yang dilantik dan diiktiraf oleh Malaysia bagi mengesahkan status halal daging dan produk yang akan dieksport ke negara ini.
Jumlah keseluruhan badan pensijilan halal yang telah dilantik dan diiktiraf oleh Jakim ialah 29 dari 23 negara.


Penulis:Boleh berjaya ke?????

LAGI BARANGAN HARAM


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda

halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat

Canned Seafood

Canned Fruits

Canned Vegetables

Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Penulis: tidak habis-habis cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyalahguna status halal...kita sebagai umat islam jangan main bantai je kalau makan....check dulu...gunakan masa sebaik mungkin untuk fikir makanan tu halal atau tidak